Sunday, May 10, 2009

Setiap Hari Adalah Hari Ibu...Setiap Hari Adalah Istimewa

Kasih sayang dalam Islam adalah untuk sepanjang masa. Ia bukan hanya ditetapkan dalam tempoh masa atau hari yang tertentu sahaja untuk menzahirkan kasih sayang.

Percanggahan dari perspektif Islam:

Perlakuan segelintir daripada kalangan masyarakat masa kini yang meraikan atau menzahirkan kasih sayang pada tempoh atau hari tertentu dalam kalendar masihi seperti Hari Kekasih, sebenarnya tidak selari dengan kehendak syara’.

Dalam kalendar masihi, setiap tarikh adalah merupakan hari peringatan kepada Saint yang tertentu iaitu bermula dari 1 Januari hingga 31Disember setiap tahun. Perkataan Saint membawa maksud wali atau rasul bagi agama Kristian. Hanya paderi yang dipercayai mempunyai mukjizat, banyak menyumbang kepada gereja serta banyak membuat kebajikan akan diiktiraf dan diberi gelaran ini.

Konsep kasih sayang tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja. Kasih sayang yang paling utama ialah terhadap Allah s.w.t., diikuti Rasulullah s.a.w., kedua ibu bapa, suami, isteri, anakanak, ahli keluarga, kaum kerabat, jiran tetangga dan seterusnya. Ianya hendaklah dibatasi dengan syaratsyarat yang telah digariskan dalam Islam termasuklah dalam aspek menjaga perhubungan antara bukan mahram dan maruah individu itu sendiri.

Kasih sayang dalam Islam dapat dikategorikan kepada tiga:

Pertama: Kasih Pencipta (Allah s.w.t.) kepada hamba-Nya. Kasih sayang Allah s.w.t. kepada hamba-Nya adalah kasih yang berkekalan.

Kedua: Kasih hamba kepada Pencipta. Kasih hamba kepada Pencipta adalah berlandaskan keimanan dan ketaqwaan.

Ketiga: Kasih makhluk sesama makhluk. Kasih makhluk sesama makhluk sifatnya tidak berkekalan, kerana ia bergantung kepada keadaan Kasih sayang sesama makhluk tidak boleh melebihi kasih sayang dan kecintaan terhadap Allah s.w.t.



Saturday, May 9, 2009

Perjuangan Menegakkan Agama Allah

Banyak orang Islam menyangka bahawa cukup sekadar mempunyai nama sebagai orang Islam  mengucap dua kalimah syahadat untuk menjadi seorang muslim yang diredhai Allah. Anggapan ini tidak benar . Ini kerana untuk menjadi orang Islam seseorang itu perlu memenuhi syarat syarat penting yang berkaitan dengan keimanan dan perbuatan tertentu yang berkaitan dengan rukun iman, Islam dan jihad. Pengertian ini dapat kita simpulkan dari firman Allah:

·  قَالَتِ الْأَعْرَابُ آمَنَّا قُل لَّمْ تُؤْمِنُوا وَلَكِن قُولُوا أَسْلَمْنَا وَلَمَّا يَدْخُلِ الْإِيمَانُ فِي قُلُوبِكُمْ وَإِن تُطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَا يَلِتْكُم مِّنْ أَعْمَالِكُمْ شَيْئًا إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

·  إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُوْلَئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ

 

 

“Orang orang Arab badui itu berkata; kami sudah beriman, namun katakanlah kamu belum beriman , Cuma katakanlah kamu baru masuk Islam dan iman belum (benar-benar masuk) dalam hati kamu. dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amalanl kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang.

 

Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).”

 

Ertinya keimanan dan keislaman seseorang itu perlu dibuktikan dengan tekad dan usaha perjuangan yang menunjukkan kesungguhan seseorang itu menjadi hamba Allah yang mendaulatkan agamanya. Islam bukan sekadar beberapa kalimah yang dituturkan tapi adalah suatu Iltizam dan komitmen yang lengkap dan menyeluruh terhadap ajaran Islam.



Peperangan Ahzab

Semenanjung Arab kembali tenang dan aman selepas peperangan dan pengantaran unit-unit tempur yang memakan masa lebih dari setahun. Kaum Yahudi yang mengalami kehinaan dan kerendahan jiwa kerana pengkhianatan, konfrantasi dan sikap batu api masih tidak sedar dengan kesesatan mereka, menyebabkan mereka tidak mahu mengambil pengajaran dari peristiwa-peristiwa yang berlaku.

Selepas mereka dihalau keluar dari Madinah ke Khaibar pun mereka masih mahu menunggu dan melihat keburukan akan menimpa kaum muslimin, lantaran pergeseran yang berterusan di antara kaum muslimin dan penyembah-penyembah berhala, dengan bertukarnya teraju kekuasaan dan pengaruh di Madinah dan daerah-daerah sekitarnya, kaum Yahudi apalagi, semakin panas hati.

Di sinilah mereka mula merancangkan semula pakatan-pakatan jahat terhadap kaum muslimin, mereka menyediakan peralatan-peralatan untuk menghentam habis-habisan, dalam ertikata lain mereka akan membuat pukulan mati, tetapi oleh kerana mereka sendiri tidak ada keberanian sedikit pun untuk berhadapan secara langsung dengan kaum muslimin maka mereka menyediakan strategi durjana untuk menghapuskan kaum muslimin.

Perancangan mereka bermula dengan dua puluh orang pembesar-pembesar Yahudi dan pemimpin Banu al-Nadhir yang telah keluar menemui Quraisy di Makkah mengesa pihak Quraisy supaya melanggar Rasulullah (s.a.w) dan mereka berjanji untuk memberi sokongan padu kepada operasi Quraisy kelak. Dengan itu pihak Quraisy pun menyetujui permintaan pihak Yahudi, oleh kerana Quraisy tidak menemui Muhammad (s.a.w) di medan Badar seperti yang mereka janjikan dahulu maka peluang yang dipelawa oleh Yahudi merupakan satu kesempatan yang terbaik untuk Quraisy bagi mengembalikan reputasi selaih dari mengotakan janjinya dahulu.

Rombongan dua puluh orang kenamaan Yahudi tadi meneruskan misinya, menemui kabilah Ghatafan dengan mengajak mereka seperti mana mereka mengajak Quraisy dan pihak Ghatafan memberi respon yang padu, itulah kejayaan yang dicapai oleh pemimpin Yahudi di dalam misi mereka, menggabungkan tenaga musuh Islam ke dalam satu barisan pertahanan untuk mengganyang Rasulullah, kaum muslimin dan dakwahnya.

Memang berlaku sungguh di mana pihak Quraisy, Kinanah dan sekutunya kalangan penduduk Tihamah di bawah pimpinan Abu Sufian telah keluar dengan tenaga seramai empat ribu askar kemudian disertai oleh Banu Salim di Mar al-Zahran, manakala kabilah-kabilah Ghatafan disertai oleh Banu Fazarah di bawah pimpinan Uyainah bin Hisn, Banu Murrah di bawah pimpinan al-Harith bin Auf, banu Asyja' di bawah pimpinan Mas'ar bin Rakhilah dan disertai juga oleh Banu Asad dan lain-lain. Kesemua kelompok-kelompok ini telah keluar dan bergerak ke arah

Madinah mengikut jangka masa yang telah dipersetujui. Setelah beberapa ketika maka berkumpullah di sekeliling Madinah satu angkatan bala tentera raksaksa mencapai angkanya sepuluh ribu orang askar. Satu angkatan yang mungkin lebih ramai dari bilangan penduduk Madinah termasuk kaum wanita, anak-anak, golongan muda dan tua.

Kalaulah sernua kelompok-kelompok yang bersekutu dan askar yang terkerah ini sampai ke pagar Madinah secara mengejut maka ianya merupakan satu ancaman yang merbahaya terhadap kayan dan entiti kaum muslimin. Bila diukur dengan kemampuan yang ada pada mereka, malah mungkin ia berupaya menghapus kaum muslimin ke akar umbi dan boleh memusnahkan apa sahaja. Namun pimpinan Madinah adalah jenis prihatin dan siap sedia, bertindak sesuatu kena pada tempat dan masanya, tahu mengkadar dan sentiasa membaca keadaan dan suasana, mampu menelah kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku. Sebaik sahaja tentera bersekutu mula bergerak, berita pergerakan itu telah pun sampai ke pengetahuan pemimpin Madinah melalui risikannya.

Rasulullah segera memanggil anggota majlis mesyuarat tertinggi, membincang strategi pertahanan kota Madinah. Setelah sekian perbincangan di antara sidang hadirin, maka akhirnya satu persepakatan diterima dengan cadangan yang dikemukakan oleh seorang sahabat iaitu Salman al-Farisi (r.a). Kara beliau: Wahai Rasulullah, sebenarnya kami di bumi Parsi sekiranya kami dikepung maka kami menggali kubu mengelilingi kami. Strategi yang dikemukakan oleh Salman itu merupakan satu cara yang belum pernah dikenali oleh bangsa Arab sebelum ini.

Rasulullah (s.a.w) pun segera melaksanakan strategi ini, dengan membahagikan kaum muslimin kepada kelompok-kelompok, tiap sepuluh orang ditugaskan menggali kubu/khandak sepanjang emat puluh hasta.

Semua kaum muslimin berusaha menggali kawasan masing-masing penuh kesungguhan dan cermat, Rasulullah merangsang dan menyertai mereka, dari hadith riwayat al-Bukhari dari Sahl bin Saad berkata: Kami bersama-sama Rasulullah di dalam kubu, ada yang menggali sedang kami mengangkut tanah di atas belakang kami sambil Rasulullah bermadah:

Ya Tuhan! kami tiada penghidupan sebenarnya kecuali penghidupan akhirat, Maafkanlah kaum Muhajirin dan Ansar

Sebuah hadith riwayat Anas katanya: Rasul keluar ke kubu, Baginda mendapati orang-orang Muhajirin dan Ansar sedang menggali khandak di pagi hari yang dingin tidak ada seorang hamba pun yang kerja untuk mereka, semasa Baginda melihat keadaan mereka yang keletihan dan kelaparan, Baginda pun bersuara:

Ya Tuhan! kami tiada penghidupan sebenarnya kecuali penghidupan akhirat, Maafkanlah kaum Muhajirin dan Ansar

Lantas semua mereka menjawab:

Kami berbaiah dengan Muhammad Untuk terus berjihad selagi jiwa di kandung jasad.

Al-Barra bin Azib telah berkata: Ku melihat Baginda (s.a.w) mengangkat pasir yang digali hingga menyelubungi kulit-kulit perut Baginda hingga tak nampak, ku ternampak kulit perut Baginda penuh dengan bulu-bulu roma. Ku mendengar Baginda bermadah dengan kalimat ungkapan Ibnu Rawahah semasa Baginda sedang mengangkat tanah-tanah dengan katanya:

Ya Tuhanku! tanpa kau kami tiada hidayat Takkan kami bersedekah dan bersolat. Turunkanlah ke atas kami kemenangan Tetapkan kaki kami di ketika perjuangan Keluarga sendiri melanggar kami Kiranya mereka memfitnah, sedia kami menolaknya.

Kata al-Barra lagi: Di dalam madah ini Baginda memanjangkan suaranya di akhir rangkap, tapi riwayat lain mengatakan Rasulullah (s.a.w) berbuat demikian pada rangkap terakhir.

Seluruh kaum muslimin bekerja penuh cergas meskipun mereka mengalami kebuluran yang amat teruk, yang boleh menghancur hati-hati yang kukuh. Cerita Anas: Di suatu ketika semasa penggali-penggali kubu sedang bekerja, ada orang membawa selonggok buah bali, kemudian direbus dan ditumis dengan sejenis lemak yang agak lama, baunya pun tidak menyenangkan, setelah masak maka dihidangkan kepada sekalian mereka yang dalam kelaparan, rasanya sukar untuk ditelan kerana baunya hapak.

Kata Abu Talhah: Kami semua mengadu hal kepada Rasulullah (s.a.w) mengenai kelaparan kami, di mana kami terpaksa mengalas perut masing-masing dengan ketul-ketui batu, tetapi Rasul sendiri mengalas perut Baginda dengan dua ketui batu. Sempena penggalian kubu terjadi beberapa peristiwa sebagai tanda kebesaran kenabian Muhammad (s.a.w), di antaranya apa yang telah disaksikan oleh Jabir bin Abdullah. Sewaktu kelaparan yang amat sangat di kalangan para sahabat, maka beliau telah memilih seekor ternakannya, manakala isterinya pula mengisar segantang bali, kemudian beliau meminta Rasulullah datang bersembunyi di Tumahnya dengan beberapa orang sahabat yang lain, apa lagi oleh Rasulullah maka dijemput seluruh penggali kubu, mereka adalah seribu, mereka semua pun datang dan memakan jamuan itu hingga kenyang, namun daging di dalam periuk masih penuh seperti biasa, tepung yang diuli untuk dibuat roti masih tak habis-habis lagi. Di antara ceritanya lagi di mana kakak al-Nukman bin Basyir membawa selonggok buah tamar untuk beliau, ke tempat kerja penggalian kubu sebagai makanan tengahari untuk ayahnya dan bapa saudaranya, di tengah jalan beliau melalui di hadapan Rasulullah. Baginda meminta darinya buah-buah tamar itu lalu dituangkannya ke atas kainnya kemudian Baginda menjemput semua orang-orang di situ memakan buah tamar tersebut. Semua hadirin memakannya namun buah tamar tidak susut sedikit pun hingga semua beredar dari situ dan buah tamar masih jatuh-jatuh lagi dari hujung kainnya.

Yang lebih menakjubkan lagi dari itu ialah peristiwa yang dikisahkan melalui sebuah hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dari Jabir (r.a) dengan katanya: Di hari kami mengali kubu Khandak, tiba-tiba seketui batu pepejal merintangi kubu yang sedang digali, orang ramai pun melaporkan kepada Rasulullah: Ya Rasulullah ini adalah seketui batu pepejal menghalang usaha seterusnya. Jawab Rasulullah: "Aku turun". Rasulullah pun datang, perut Baginda beralas dengan seketul batu, kami semua sudah tiga hari tidak merasai makanan. Rasulullah mengambil sebilah cangkul batu lalu dicangkulnya ke atas batu pepejal hingga pecah berkecai.

Kata al-Barra: Semasa penggalian kubu di sekeliling Madinah, tiba-tiba seketui batu pepejal merintangi kubu yang sedang digali, hal ini kami beritahu kepada Rasulullah, Baginda tiba dengan mengambil cangkul (dajal) sambil berkata: "Bismillah" terus Baginda menghentak cangkul ke batu pepejal sekuat tenaga Baginda dan berkata: Allahu Akbar daku telah diberi anak-anak kunci negeri al-Syam, demi Allah daku sedang menyaksi istana-istana yang berwarna merah itu, kemudian Baginda menghentak kali kedua hingga terpecah sebahagian lagi dengan berkata: Allahu Akbar, kini daku diberi kunci Parsi, demi Allah sesungguhnya daku melihat istana Madain yang berwarna putih itu. Seterusnya Baginda menghentak kali ketiga dengan berkata: Bismillah, dengan itu terbelahlah bahagian terakhir ketulan itu dan Baginda berkata: Allahu Akbar, kini daku diberi kunci-kunci negeri al-Yaman, demi Allah sesungguhnya sekarang ini daku sedang melihat pintu besar kota San'a. Ibnu Ishak pun meriwayatkan cerita yang sama dari Salman al-Farisi (r.a) .

Oleh kerana Madinah dilingkungi dataran kosong, bukit-bukit, dan kebun-kebun tamar dari semua sudut kecuali sebelah utara sahaja, justeru itu Rasulullah sebagai seorang yang arif dan pakar dalam hal ketenteraan, mengetahui bahawa pergerakan dan serangan tentera yang sebesar tentera bersekutu Quraisy itu, pasti akan menuju dari arah utara, untuk itu maka pengkalan kubu dibuatnya dari arah utara.

Kaum muslimin meneruskan kerja-kerja mereka di sepanjang hari, mereka kembali ke rumah menemui keluarga mereka pada waktu senja, hinggalah kubu sempurna disiapkan pada hari yang direncanakan, sebelum tentera bersekutu wathani sampai ke sempadan pagar al-Madinah. Quraisy tiba dengan empat ratus tentera (400) mereka singgah di Majma' al-Asyal yang terietak di antara al-Jurf dan Zu'abah adapun Ghatafan dengan sekutunya dari Najd berlabuh di Zanab Nuqmi berhampiran bukit Uhud.

Di ketika orang-orang mukmin melihat parti bersekutu, lantas mereka berkata: Inilah apa yang dijanjikan kita oleh Allah dan Rasulnya, justeru itu benarlah. Allah dan RasulNya. Tiada apa yang bertambah pada mereka selain iman dan penyerahan diri. Itulah yang terpamer pada ayat Allah:

" Dan tatkala orang-orang mukmin melihat golongan-golongan yang bersekutu itu, mereka berkata: Inilah yang dijanjikan oleh Allah dan RasulNya. Dan yang demikian itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali Iman dan ketundukan.

(al-ahzab: 22)

Manakala kaum munafiqin dan yang lemah jiwanya, hati-hati mereka semakin bergoncang setelah melihat lautan tentera bersekutu. Maka berkatalah kaum munafiqin dan mereka yang berpenyakit di dalam hati: "Sebenarnya apa yang dijanjikan Allah dan Rasulnya adalah palsu belaka". Inilah kepalsuan kaum munafiqin yang didedahkan oleh Allah di dalam ayatNya:

"Dan ingatlah ketika orang-orang Munafik dan orang-orang yang berpenyakit dalam hatinya berkata: Allah dan RasulNya tidak menjanjikan apa-apa kepada kami melainkan tipu daya ".

(al-Ahzab: 12)

Rasulullah telah bergerak dengan tentera Islamnya seramai tiga ribu (3,000) orang, mereka membelakangi bukit Sala' sebagai benteng dari arah belakang, manakala kubu Khandak inerintangi di antara mereka dan tentera kafirin. Slogan mereka ialah "mereka tiada pertolongan". Penguasa Madinah semasa ketiadaan Rasulullah ialah Ibnu Ummu Maktum, kaum wanita dan anak-anak dipindahkan ke dalam benteng Madinah.

Apabila kaum musyrikin hendak menyerang orang-orang Islam dan melanggar Madinah, mereka mendapati satu kubu luas merintangi kemaraan mereka, oleh itu mereka bertindak mengepung Madinah, sedangkan tindakan itu tidak termasuk di dalam perancangan awal mereka, kerana taktik mempertahankan Madinah cara menggali kubu, taktik yang belum pernah dikenali di kalangan bangsa Arab, justeru itu taktik mengepung Madinah tidak merupakan langkah yang berencana atau tidak masuk dalam perkiraan mereka.

Jadi kaum musyrikin meronda mengelilingi kubu dengan perasaan marah dan berang, mereka cuba mencari kalau-kalau ada lorong atau tempat yang lemah yang boleh ditembusi. Kaum muslimin pun terus mengawal pergerakan kaum musyrikin, di mana mereka terus menghujani dengan anak-anak panah, menyebabkan mereka tidak berani menghampiri kubu, apatah lagi untuk merempuh masuk atau menimbus parit luas itu sebagai jambatan atau laluan serangan. Beberapa orang wira-wira berkuda Quraisy bosan dengan langkah menunggu hasil dari kepungan mereka, kerana itu bukan cara tabiat mereka, oleh itu sekumpulan dari mereka terdiri dari Amru bin Abd Wud, Ikrima bin Abi Jahl dan Dhirar bin al-Khattab dan lain-lain, telah menuju ke satu tempat yang agak sempit sedikit, terus mereka merempuh kubu, kuda-kuda mereka terus terhumban ke dalam kubu yang digali, kejadian berlaku di antara kubu dan bukit Sala', di situ saidina Ali muncul dengan beberapa orang Islam lain, mereka mengawal lereng yang cuba dirempuh masuk oleh beberapa tentera berkuda musyrikin di situ. Amru menjemput Saidina Ali untuk bertarung, Ali bin Abi Talib pula majy ke hadapan menyahut cabaran. Di situ beliau telah mengeluarkan beberapa perkataan yang memanaskan lagi perasaan musyrikin, Amru melompat turun dari kudanya dan terus menyembelih kudanya, seterusnya beliau menerpa ke hadapan Saidina Ali, di situ mereka bertarung. Akhir beliau dibunuh oleh Saidina Ali, yang lain mengaku kalah dan lari dari situ, betapa takutnya mereka hinggakan Akramah cabut lari sampai terjatuh tombaknya setelah menyaksi kematian negeri Amru.

Di hari-hari yang lain pun, kaum musyrikin telah cuba juga hendak melanggar kubu Madinah itu, atau mereka cuba juga membuat jalan untuk merempuh masuk, namun kesemuanya telah dihalang oleh pejuang-pejuang Islam, di mana mereka menghujani tentera musyrikin yang cuba merempuh itu dengan anak-anak panah, sehingga setiap apa yang dicuba oleh tentera Quraisy itu semuanya menemui jalan buntu dan gagal.

Lantaran kesibukan mempertahankan serangan musyrikin hingga luput waktu solat Rasulullah dan kaum muslimm, di dalam sebuah hadith sahih diriwayat Jabir (r.a): Bahawa Saidina Umar bin al-Khattab di hari al-Khandak itu beliau mencela kaum musyrikin, dan berkata kepada Rasulullah: "Wahai Rasulullah, daku hampir tidak bersembahyang kecuali hampir-hampir mafahari terbenam". Jawab Rasulullah: "Demi Allah akupun tak sempat menunai solat". Kami pun turun bersama Baginda ke lembah bawah, setelah berwudhu' Baginda dan kami semua menunaikan solat Asar setelah terbenam matahari kemudian terus sembahyang Maghrib.

Rasulullah tersangat benci sekiranya luput salah satu waktu sembahyang, ini membawa Baginda berdoa turun bala ke atas kaum musyrikin. Di dalam hadith al-Bukhari dari Ali bin Abi Talib dari Rasulullah: Baginda berkata di hari al-Khandak itu dengan sabdanya yang bermaksud:

    "Ya Allah! penuhkan ke atas mereka di dalam rumah-rumah mereka dan kubur-kubur mereka dengan api, sebagaimana mereka mengganggu kami dari menunaikan solat wusta hingga terbenam matahari".

Tersebut sebuah hadith di dalam musnad Imam Ahmad dan al-Syafie bahawa kaum musyrikin bergelut hingga menyebabkan Rasulullah dan tentera Islam tidak dapat menunaikan solat zohor, asar, maghrib dan isya', maka Baginda menunaikan kesemuanya sekali gus, kata Imam al-Nawawi: Cara kita mempertemukan di antara semua riwayat ini, dengan meletakkan bahawa peristiwa al-Khandak ini berlaku beberapa hari, manakala peristiwa luput sembahyang ini pun berlaku beberapa kali juga di hari yang berlainan. Selesai masalah.

Dari sini dapat kita membuat kesimpulan, di mana tentera musyrikin telah cuba berkali-kali untuk menyerang masuk menembusi kubu yang digali, namun pihak Islam pun bersungguh-sungguh menentang percubaan nekad musyrikin itu. Oleh kerana kubu ini merupakan pemisah di antara Islam dan musyrikin maka tidak berlaku langsung pertarungan berdarah di antara dua kern ini, apa yang berlaku hanya musuh. Di suatu malam Huyai bin Ahtob telah mengetuk pintu rumah Ka'ab meminta beliau buka, namun Ka'ab enggan untuk membenar beliau masuk, tapi setelah beliau memberi alasan dan penjelasannya akhirnya Ka'ab membuka pintu. Kata Huyai: "Sebenarnya daku datang menemui kau wahai Ka'ab, membawa sesuatu yang akan memuliakan kita sepanjang umur dan kesenangan seluas lautan, ku bawa Quraisy bersama pemimpin dan pemukanya yang kita sudahpun berhimpun di "Majma" al-As'yal" di lembah "Raumah", dan bawa bersama Ghatafan dengan pemimpin dan pemukanya, yang kini mereka sedang berhimpun di "Zanab Nuqmi" di sebelah bukit Uhud. Kesemua mereka telah berjanji setia untuk memusnahkan Muhammad dan pengikutnya hingga ke akar umbi.

Kata Ka'ab: Demi Allah, sebenarnya yang kau bawa ini adalah kehinaan sepanjang zaman, menempa nahas dan menolak tuah, binasa kau Huyai, biarlah aku dengan sikap ku ini, pada Muhammad apa yang ku lihat hanyalah kebenaran dan keikhlasan. Namun Huyai masih terus merayu dan menggoda Ka'ab, akhirnya Ka'ab pun akur dan menerima tawaran Huyai itu, seterusnya membuat janji dengannya: Sekiranya Quraisy dan Ghatafan pulang tanpa mencapai sebarang matlamat untuk menghancur Muhammad dan pengikut-pengikutnya, aku berjanji untuk tinggal bersama mu di kubumu ini, biar aku menanggung bersama beban mu itu dengan itu Ka'ab bin Asad pun melanggar janjinya dan merombak ikrarnya dengan Rasulullah (s.a.w), seterusnya beliau mengikat janji dengan musyrikin pula untuk memerangi kaum muslimin.

Memang benar kaum Yahudi banu Quraizah telah membuat beberapa operasi peperangan. Kata Ibnu Ishak: Sofiah binti Abdul al-Muttalib emak saudara Rasulullah sedang berada di dalam benteng pertahanan Hassan bin Thabit. Di hari itu Hassan bin Thabit ditugaskan untuk bersama-sama kaum wanita dan anak-anak kaum muslimin. Kata Sofiah: Semasa itu seorang lelaki Yahudi telah melalui di situ dan cuba mengetuk-ngetuk kubu kediaman kami, di masa itu semua Yahudi banu Quraizah telah memutus hubungan dengan Rasulullah, tidak ada seorang pun dari kami dan mereka yang boleh mempertahankan kami, sedang Rasulullah dan kaum muslimin masa itu berhadapan dengan musuh, tiada siapa pun yang boleh meninggal tempat mereka untuk bersama kami, seandainya ada sesuatu yang datang menyerang kami secara mendadak kata Sofiah: "Wahai Hassan kamu tengok si Yahudi itu sedang mengetuk-ngetuk kubu kita, demi Allah aku harap si Yahudi itu tidak boleh menjumpai kelemahan kita,untuk diberitahu kepada Yahudi yang lain, sedang Rasul terialu sibuk di barisan hadapan, kamu pergi bunuh si Yahudi bedebah itu". Jawab Hassan: "Demi Allah aku tahu, aku ini bukan lawannya". Kata Sofiah lagi: Di masa itu aku pun ikatkan pinggang ku, dengan membawa sebatang tongkat, ku turun daii kubu, aku pun belasahkannya dengan tongkat tadi sampai mati. Kemudian ku masuk semula, sekali lagi ku suruh Hassan: Ayuh turunlah dan rampaskan peralatan senjatanya, kini tiada lagi halangan untuk kau rampas barang-barangnnya, selain dari ianya seorang lelaki. Jawab Hassan: " Tidak perlulah untuk ku rampas peralatannya".

Tindakan mulia yang dilakukan olsh emak saudara Rasulullah itu telah memberi kesan yang baik, dalam usaha mempertahan kaum muslimat dan anak-anak orang Islam, sehingga kaum Yahudi menyangka kubu-kubu itu di dalam jagaan rapi tentera Islam, sedangkan ianya amat terdedah kepada serangan, implikasinya membawa seteru Islam sudah tidak berani mencuba sekali lagi. Tetapi disebaliknya, di mana kaum Yahudi membantu kaum musyrikin dengan bekalan-bekalan makanan sebagai membuktikan sokongan padu mereka dan penyertaan langsung untuk menentang kaum muslimin, malah sempatjuga kaum muslimin menawan dua puluh ekor unta mereka yang sarat dengan muatan, bekalan untuk Quraisy.

Kini berita sudah sampai ke pengetahuan Rasulullah dan kaum muslimin, Rasulullah pun segera membuat penyiasatan untuk mendapat kepastian mengenai sikap Banu Quraizah, hingga dapat pula Baginda menghadapi mereka dengan tenaga ketenteraan. Bagi melaksanakan tugas ini Baginda telah mengutus kedua-dua Saad iaitu Saad bin Muaz dan Saad bin Ubbadah, Abdullah bin Rawah dan Khuwat bin Jubair dengan sabdanya: "Ayuh kamu pergi ke sana dan perhatikan apakah benar seperti yang diceritakan itu, sekiranya benar, beritahu kepada ku dengan bahasa kiasan supaya aku sahaja yang mengetahuinya tapi kalau mereka itu masih bersama kita nyatakan dengan terang biar semua orang tahu". Sebaik sahaja mereka sampai ke sana didapati bau Quraizah seburuk-buruk manusia dan sejahat-jahat kaum Yahudi, mereka memaki hamun dan mencela Rasulullah (s.a.w) malah mereka berpura-pura tidak tahu dengan bertanya: Siapa itu Rasulullah? Kami tak ada hubungan dan perjanjian pun dengan Muhammad. Ayuh berambus kamu dari sini, setelah perutusan Saad dan sahabatnya tiba di hadapan Rasulullah, mereka pun memberitahu Baginda dengan bahasa kiasan dengan kata mereka: Udhal dan Qaarah. Maksudnya Banu Quraizah seperti qabilah Udhal dan Qaarah yang mengkhianati Rasulullah sebelum ini diperistiwa al-Raji'.

Sekumpulan perutusan ini memberitahu Rasulullah dengan bahasa kiasan, namun kaum muslimin menyedari hakikat yang sebenar, kini tergambar kepada mereka satu lembaga yang mengancam diri mereka.

Itulah di antara saat-saat yang mencemaskan kedudukan kaum muslimin, kerana tidak ada sebarang benteng yang menghalang di antara kaum muslimin dan banu Quraizah, kaum muslimin terdedah kepada serangan banu Quraizah dari belakang sedang tentera bersekutu berkumpul di hadapan tentera Islam, secara langsung tidak membenarkan mereka untuk berpatah balik bagi menghadapi banu Quraizah. Anak pinak dan kaum keluarga mereka amat berhampiran dengan banu Quraizah yang mengkhianati janji itu tanpa sebarang halangan dan jangkaan. Keadaan mereka tepat seperti Firman Allah:

    "Dan ingatlah di ketika penglihatan kamu sudah kebingungan, hati-hati kamu sudah sampai ke kerongkong, sedang kamu menyangka terhadap Allah seribu satu sangkaan, di sini kaum mukminin telah diduga, dan mereka digoncang sehabis-habisnya".

    (al-Ahzab: 10-11)

Sikap nifaq dan taqiyah pun mula kelihatan di kalangan orang-orang munafiqin dengan sebutan: Dulu Muhammad ini menjanjikan kita untuk menggondol harta-harta Kisra maharaja Parsi dan harta Qaisar maharaja Roman, tapi hari ini tak seorang pun terasa aman dan selamat dengan dirinya untuk keluar membuang air, di antara mereka ada yang menyebut: Rumah-rumah kami terdedah kepada serangan musuh, ayuh benarkanlah kami beredar dari sini untuk pulang ke rumah, kerana rumah kami di luar kawasan Madinah. Hampir-hampir banu Maslamah mengagalkan perjuangan Rasulullah itu.

Mengenai percubaan mereka ini telah diturunkan ayat al-Quran khusus mengenainya:

"Dan kenanglah masa orang-orang munafiqin dan golongan yang berpenyakit di dalam hati mereka dengan berkata: Allah dan RasulNya tidak menjanjikan kita melainkan perkara-perkara yang memperdayakan sahaja.Dan juga masa segolongan di antara mereka yang berkata: Wahai penduduk Yathrib, ini bukan tempatnya bagi kamu, oleh itu baliklah kamu, dan segolongan dari mereka meminta izin dari Nabi dengan berkata: Sesungguhnya rumah-rumah kami, terdedah. Pada hal tidak terdedah pun, sebenarnya mereka tidak bertujuan selain dari hendak lari".

(al-Ahzab: 12-13)

Setelah sampai berita pengkhianatan banu Quraizah, Baginda pun terus menu tup muka dengan kainnya, Baginda bersandar dan berehat seketika, hingga orang ramai terasa berat dengan bala yang menimpa itu, kemudian Rasulullah diberi semangat dari alam ghaib dengan penuh harapan, di sini Rasulullah bangun dengan berkata: Allahu Akbar, terimalah berita yang mengembirakan wahai kalian muslimin, kemenangan dan pertolongail Allah 'sedang menuju ke arah kamu. Kemudian Baginda merangka strategi penentangan buat menghadapi situasi tergenting, sebagai sebahagian dari strategi itu, Baginda mengutus pengawal-pengawal ke sekitar Madinah, supaya tidak dicerobohi secara mendadak kubu perlindungan kaum wanita dan anak-anak.

Namun strategi ini memerlukan kepada keberanian yang luar biasa yang boleh membawa kepada perpecahan musrik wathani, seterusnya untuk berdamai dengan Uyainah bin Hisn dan al-Harith bin Auf, dua pemimpin Ghatafan dengan habuan hasil buah-buahan Madinah diberikan satu pertiga kepada mereka sebagai syarat kiraannya mereka berundur dari medan perang. Untuk memberi peluang kepada kaum muslimin mengalahkan Quraisy di masa yang paling singkat, yang sudah pun kaum muslimin mengukur kekuatan dan keupayaan mereka, perancangan ini sudah pun dimulakan.

Seterusnya Rasulullah bermesyuarat dengan kedua-dua Saad sebagai jawapan mereka berkata: "Wahai Rasulullah, sekiranya ini arahan dari Allah maka kami sedia mendengar dan mentaatinya, tapi kalaulah ini suatu perkara yang tuan hamba aturkan untuk kebaikan kami, maka kami tidak memerlukannya, kerana sesungguhnya kami dan mereka itu di suatu ketika memang di dalam syirik dan menyembah berhala, mereka itu tidak pernah berhasrat untuk menguasai dusun kami selain dari sekadar berian dari kami atau mereka membelinya. Apakah setelah kami semu;i dianugerahkan Allah dengan hidayat Islam serta dimulia'kan kami dengan keagungan dari Allah harus kami berikan harta-harta ini semua? Demi Allah kami tidak akan beri selain dari mata pedang kami". Rasulullah pun membenarkan pendapat mereka berdua dengan sabdanya: "Itu sebenarnya suatu usahaku semata-mata untuk kemuslihatan kamu, setelah ku mendapati seluruh bangsa Arab dengan sebulat kata mereka menyerang kamu.

Alhamdulillah segala pujian bagiNya, Dialah Tuhan yang telah melakukan sesuatu dariNya dengan memecahbelahkan perpaduan musuh-musuhnya, menggagalkan usaha musyrikin, Allah telah menyediakan seorang lelaki dari banu Quraizah yang dikenali sebagai Nuaim bin Mas'ud bin 'Amir al-Asyja'i (r.a) telah datang menemui Rasulullah seraya berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya daku ini sudah pun memeluk Islam, namun seluruh kaum ku tidak pun mengetahui perkara ini, perintahlah daku, apa yang patut ku lakukan di saat ini". Jawab Rasulullah: "Kau ini seorang sahaja maka cuba kau aturkan bagaimana memecah perpaduan mereka itu sehabis upaya yang dapat kau lakukan, peperangan adalah tipu helah". Dengan itu terus beliau menemui Banu Quraizah, beliau dikenali sebagai teman pergaulan semasa Jahiliah dahulu, setelah beliau berkata: "Sekalian kamu mengenali hubungan kita semua, terutamanya aku dan kamu". Jawab mereka: "Memang benar". Kata Nuaim: "Kamu tahu Quraisy itu bukan seperti kamu semua, tapi negeri ini adalah bumi kamu, di dalamnya harta-harta kamu, anak-anak kamu, isteri-isteri kamu, justeru itu kamu tidak mungkin berganjak darinya ke tempat-tempat lain, sedang Quraisy dan Ghatafan mereka itu datang bertujuan memerangi Muhammad dan pengikutnya dan telah kamu bantu mereka, tetapi tanahair mereka bukan di sini. Harta-harta mereka, isteri-isteri mereka di sana, kiranya mereka dapat peluang mereka gunakan, dan kalau tidak mereka akan lari ke kampung halaman mereka dan meninggalkan kamu dengan Muhammad, kemudian Muhammad akan membalas dendam terhadap kamu". Kata mereka: "Memang benar dan jitu pendapat yang saudara tunjukkan itu. Jadi sekarang apa yang harus kami lakukan?". Kata Nuaim: "Petama, jangan kamu sertai mereka di dalam kancah peperangan kecuali setelah mereka memberi jaminan, biar kamu pegang beberapa orang tebusan sebagai jaminan". Kata mereka: "Pendapat saudara benar dan jitu".

Setelah selesai dengan banu Quraizah, Nuaim meneruskan usahanya dengan menemui pihak Quraisy, dengan berkata kepada mereka: "Kamu mempunyai hubungan intim dengan ku, dan terimalah khidmat nasihat ku untuk kamu semua". Jawab mereka: "Memang baik sekali". Kata Nuaim: "Sebenarnya golongan Yahudi sudah pun terasa menyesal dengan tindakan mereka memungkirkan janji mereka dengan Muhammad, kini mereka sudah pun berbincang semula dengan Muhammad dan sebagai keputusan mereka telah berikrar untuk mengambil tebusan dari kamu untuk diserahkan kepada Muhammad, kemudian mereka akan bersekutu semula dengan Muhammad untuk menghancurkan kamu, aku peringatkan kalaulah mereka itu meminta tebusan ini sekali-kali jangan dilayan". Setelah itu beliau pergi bertemu dengan Ghatafan dan telah menyebut kepada mereka seperti mana beliau sebutkan kepada Quraisy tadi.

Menjelangnya malam Sabtu Syawal tahun lima (5) Hijrah, pihak Quraisy telah mengutus kepada Yahudi Banu Quraizah, dengan kata-kata: "Sebenarnya kami ini bukan di bumi perkampungan kami, sekian ternakan sudah pun musnah, sekarang kami mahu kamu sertai kami untuk membuat perkiraan terakhir dengan Muhammad". Golongan Yahudi menghantar jawapan dengan mengatakan hari ini seperti kamu tahu ianya hari Sabtu, kamu semua sedia maklum apa yang telah terjadi kepada kaum bangsa kami yang terdahulu, bila mereka mencerobohi hari Sabtu ini. Walau bagaimana kami tidak akan menyertai kamu kecuali setelah kamu mengirim kepada kami orang-orang tebusan sebagai jaminan". Sebaik sahaja utusan Yahudi menyampaikan hasrat dan syarat-syarat mereka maka kalian Quraisy dan Ghatafan pun menarik nafas panjang kata mereka: "Demi Allah memang benar apa yang disebutkan oleh Nuaim itu". Seterusnya mereka mengutus kepada Banu Quraizah dengan kata mereka: "Demi Allah sesungguhnya kami tidak akan menghantar seorang pun kepada kamu, Ayuh keluarlah sekarang untuk kita kepung Muhammad". Banu Quraizah terasa memang benar apa yang disebut oleh Nuaim dan mereka berkata: "Memang ada kebenarannya apa yang disebut oleh Nuaim itu". Maka mulalah berlaku keretakan di kalangan tentera bersekutu dan pihak Banu Quraizah menyebabkan semangat juang mereka pun mula menurun.

Kaum muslimin tidak putus-putus berdoa restu kepada Allah: "Ya Allah Ya Tuhan kami! Tutuplah kelemahan kami dan tenangkanlah kegerunan kami" Manakala Rasulullah pun mendoakan kehancuran musuh: "Ya Allah ya Tuhan yang menurunkan al-Kitab, yang cepat menghisab! Kalahkanlah golongan al-Ahzab. Ya Tuhanku! Kalahkanlah dan goncangkanlah mereka sesungguhnya Allah telah pun mendengar doa RasulNya dan kaum muslimin, di mana setelah berlakunya perpecahan di kalangan musyrikin hingga berlaku pulau memulau, seterusnya Allah menyokongkan keadaan itu dengan menghantarkan tenteranya dalam bentuk angin taufan yang mencabut khemah-khemah musyrikin menerbangkan periuk belanga mereka, malah tali-tali peregang khemah pun semuanya turut tercabut di bawa terbang, keadan amat tidak tenteram, Allah menurunkan para malaikat rhengoncangkan mereka, mencampakkan ke dalam hati-hati mereka kegerunan dan ketakutan.

Di malam yang nahas kepada kaum musyrikin', Rasulullah menghantar Huzaifah bin al-Yamsin ke kalangan tentera bersekutu untuk mendapat berite-berita lanju't mengenai mereka. Beliau mendapati mereka dalam keadaan ketakutan. Sekalian mereka bersiap untuk beredar pulang', beliau pulang ke hadapan Rasulullah membawa beri'fa mengenai persiapan musyrikin berangkat pulang. Nah, iui dia Rasulullah telah menerima berita pemburuan Allah akah seterunya dengan penuh kemurkaan dariNya hingga langsu'rig suatu apa pun perancangan mereka tidak berhasil, hanya sanya dengan Allah sudah cukup untuk memerangi kaum musyrikin. Allah membenarkan janjiNya, memuliakan tenteraNya, membantu hambaNya, mengalahkan tentera "al- Ahzab yang bersekutu dengan sendiriNya, maka pulanglah Rasulullah dan kaum muslimin ke Madinah dengan selamat.

Peperangan al-Ahzab ini berlaku di bulan Syawal tahim kelima Hijrah, pada pendapat yang lebih sahih, golongan musyrikin mengepung Rasulullah dan kaum muslimin selama sebulan atau kurang lebih, seteVah digabungkan di antara beberapa rujukan didapati bahawa permulaan kepungan bermula di bulan Syawal dan berakhir di bulan Zulkaedah, Ibnu Saad berpendapat bahawa keberangkatan pulang Rasulullah dari al-Khandak ialah pada hari Rabu tujuh hari terakhir bulan Zulkaedah.

Sesungguhnya peperangan al-Ahzab tidak merupakan peperangan yang membawa kepada kerugian hartabenda, malah ianya lebih merupakan peperangan saraf, lantaran tidak berlaku satu pertarungan yang hebat namun demikian ianya merupakan perjuangan yang menghasilkan garis penentu, memperlihatkan kekalahan kaum musyrikin, dan apa jua kekuatan bangsa Arab tidak berupaya untuk membenteras kekuatan yang baru muncul di Semenanjung Arab, di tengah-tengah kota Madinah, kerana bangsa Arab tidak berupaya lagi untuk menghimpun satu kekuatan yang kuat sebagaimana usahanya di dalam peristiwa al-Khandak ini. Lantaran itu Rasulullah telah menegaskan di dalam sabdanya di saat Allah mengundurkan tentera al-Ahzab dengan sabdanya yang bermaksud:

"Sekarang sampai masanya kita yang menyerang mereka bukan mereka yang menyerang kita, dari sini kita akan mara menghancurkan mereka "

Peperangan Badar Al-Kubra

Salah Satu Peperangan Awal Penentu Dalam Islam 

Faktor Pendorong:

 

 

Setelah kita sebutkan mengenai Ghazwah al-Asyirah di mana Kabilah Quraisy dapat melepaskan diri dari sekatan Rasulullah, semasa pemergiannya dari Makkah ke negeri al-Syam, bila hampir masa kepulangannya dari sana ke Makkah, Rasulullah telah mengutus Talhah bin Abdullah dan Said bin Zaid ke sebelah utara, bertugas mengintip dan memperolehi maklumat terperinci mengenai hal tersebut, mereka bergerak hingga ke daerah al-Hawra', mereka di sana hinggalah Abu Sufian dan Kafilahnya berlalu, mereka pun segera pulang ke Madinah melaporkan perkembangan kepada Rasulullah.

 

Kafilah Abu Sufian itu sarat dengan harta dan barangan penduduk Makkah, terdiri dari seribu ekor unta penuh dengan muatan dan harta benda, dianggarkan tidak kurang dari lima puluh ribu dinar emas, pengawal hanya empat puluh orang sahaja. Inilah peluang keemasan yang harus diambil kesempatan untuk tentera Madinah, dan pukulan tepat pada sasaran ketenteraan, politik dan ekonomi terhadap musyrikin sekiranya semua harta ini dapat dirampas dari tangan mereka. Dengan itu Rasulullah mengisytiharkan kepada kaum muslimin dengan sabdanya yang bermaksud: "Ini dia kafilah Quraisy yang penuh dengan harta mereka, ayuh keluarlah kamu semoga Allah menjadikannya sebagai harta rampasan untuk kamu."

 

Baginda tidak menggesa sesiapa pun untuk keluar. Baginda hanya membiarkan perkara ini terbuka secara mutlak, kerana Baginda tidak pula menyangka akan bertarung dengan tentera Makkah, sehebat apa yang terjadi di medan Badar itu. Justeru itu, maka sebahagian besar dari sahabat berada di Makkah, dan mereka mengira Rasulullah keluar itu tidak lebih dari Sariyah-Sariyah yang lepas, maka sebab itulah Rasulullah tidak membantah terhadap mereka yang tidak turut bersama.

 

 

KADAR KEKUATAN TENTERA ISLAM DAN PENGAGIHAN PIMPINAN

Kini Rasulullah dalam keadaan bersedia untuk keluar bersama-sama dengan tiga ratus tiga belas orang (313 atau 314 atau 317 orang) 82 Muhajirin (83 atau 86 orang) al-Aws seramai 61 orang dan 170 orang al-Khazraj, mereka tidaklah begitu bersiap sangat dan tidaklah membawa peralatan yang selengkapnya, tunggangan mereka hanya dua ekor kuda, kuda al-Zubair bin al-Awwam dan kuda al-Miqdad bin al-Aswad al-Kindi, manakala unta bersama mereka hanya tujuh puluh ekor yang ditunggang secara bergilir untuk dua atau tiga orang, Rasulullah bergilir dengan Ali dan Mirthad bin Abi Mirthad al-Ghanawi dengan seekor unta.

Rasulullah melantik Ibnu Ummi Maktum sebagai khalifahnya untuk mengendali urusan Madinah dan solat. Tetapi setibanya Rasulullah di "al-Rawha" Rasulullah menghantar balik Abu Lubabah bin al-Munzir untuk mengendalikan urusan pentadbiran Madinah.

Panji pimpinan berwarna putih diserahkan kepada Mus'ab bin Umair al-Qurasyi al-Abdari, Baginda membahagikan tentera kepada dua katibah (pasukan):

1. Katibah orang Muhajirin benderanya diberi kepada Ali bin Abi Talib.

2. Katibah al-Ansar, benderanya diberikan kepada Sa'd bin Muaz.

Sayap kanan diletakkan di bawah pimpinan al-Zubair bin al-Awwam, sayap kiri pula di bawah pimpinan al-Miqdad bin Umar, kedua-dua mereka ini adalah tentera berkuda di dalam tentera Islam ini. Pemimpin barisan belakang ialah Quis bin Abi Sa'saah, pimpinan tertinggi masih disandang oleh Baginda sebagai terus agong pimpinan tentera Islam.

 

 

TENTERA ISLAM BERGERAK KE ARAH BADAR

Rasulullah bergerak dengan tenteranya yang tidak bersiap-sedia untuk berperang, sehingga keluarlah dari kawasan al-Madinah, dan terus berjalan hingga ke jalan utama ke Makkah, hingga sampai ke daerah al-Rawha, beberapa ketika setelah Baginda melintasi al-Rawha Baginda tinggalkan jalan ke Makkah di sebelah kiri dan menyusur ke arah kanan melalui al-Naziyah, ertinya Baginda bertala (menuju) ke Badar di situ Baginda mengambil jalan ke Badar, darinya Baginda sampai ke lembah Jaza' yang dikenali sebagai Rahqan, yang kira-kira terletak di antara al-Naziyah dan segenting al-Safra', Baginda melintasi segenting al-Safra' itu, dari situ Baginda menjunam hingga sampai ke al-Safra' dan darinya Baginda mengutus Basis Ibnu Umar al-Juhani dan Adi bin Abi al-Zaghba' ke Badar untuk mengumpul maklumat mengenai Kafilah Quraisy.

 

PEMBERITAHUAN KEPADA PENDUDUK DI MAKKAH

Pengedalian kafilah Quraisy ini sebenarnya di bawah tanggungjawab Abu Sufian sepenuhnya, di mana beliau begitu berjaga dan amat berwaspada kerana beliau menyakini jalan ke Makkah itu amat merbahaya, oleh yang demikian beliau sentiasa menghantar pengintip-pengintip untuk memperolehi maklumat, selain dari itu beliau selalu bertanya setiap musafir atau tunggangan yang beliau temui di sepanjang perjalanannya itu. Tidak berapa lama kemudian beliau memperolehi maklumat dari risikannya bahawa Muhammad s.a.w telah pun mengerah tenaga sahabatnya untuk menawan kafilahnya, dengan segera Abu Sufian mengupah Dhamdham bin Amru al-Ghifari ke Makkah, di sana Dhamdham melaung dan meminta bantuan kepada pihak Quraisy untuk menghantar gerakan penyelamat kafilah mereka buat menghalang Muhammad s.a.w dan sahabatnya daripada bertindak terhadap harta mereka itu begitulah tindakan Dhamdham kepada Quraisy dari atas belakang untanya, setelah memotong hidung untanya seterusnya beliau mengoyak bajunya untuk dikibar-kibarkan kepada Quraisy sambil berteriak: Kalian Quraisy, celaka dan celaka harta kamu bersama Abu Sufian itu, telah dihalang oleh Muhammad s.a.w dan sahabat-sahabatnya, aku tak nampak kamu berkesempatan dengannya, tolong tolonglah !!!

 

 

PENDUDUK MAKKAH BERSEDIA UNTUK BERPERANG

Semua orang di Makkah bersiap dan bergerak dengan pantas dan mereka berkata: Apakah Muhammad ingat kafilah kita itu seperti kafilah Ibnu al-Hadhrami? Dengan mudah boleh direbut dari tangan kita? Tidak!! Demi Allah biar dia tahu bukan semudah itu dia boleh bertindak. Pihak Quraisy bertindak samada keluar sendiri atau menghantar penggantinya, untuk keluar mereka telah mengerah tenaga habis-habisan, tidak seseorang pun dari pemuka mereka mengecualikan diri selain dari Abu Lahab, namun beliau tetap menghantar pengantinya yang telah berhutang dengannya. Selain dari itu, mereka juga mengerakkan kabilah-kabilah Arab di sekeliling Makkah, semua puak turut keluar kecuali Banu Adi sahaja, di mana tidak seorang pun dari mereka yang turut serta.

 

 

 

 

KEKUATAN TENTERA MAKKAH

Kekuatan tentera Makkah terdiri dari seribu tiga ratus (1,300) askar pada permulaan, dengan seratus ekor kuda, enam ratus perisai, manakala unta terlalu banyak bilangan yang tidak dapat dipastikan anggaran dengan terperinci. Pemimpin agung mereka ialah Abu Jahal bin Hisyam, makanan dibekal oleh sembilan orang kenamaan Quraisy, mereka menyembelih kadangkala sembilan atau sepuluh ekor unta sehari.

 

 

PERSOALAN KABILAH-KABILAH BANU BAKR

Semasa tentera Makkah mula bergerak, Quraisy teringat permusuhan dengan kabilah-kabilah Banu Bakr, mereka takut kabilah ini akan menikam mereka dari belakang, jadi mereka akan tersepit di antara dua musuh, hampir-hampir permasalahan ini melemah dan menggagalkan usaha mereka, tetapi iblis telah menjelma dalam rupa paras Suraqah bin Malik Ibnu Ja'syam al-Mudlaji, ketua Kabilah Banu Kinanah, dengan menyeru kepada mereka kalian: Aku adalah penjamin kepada kamu di mana Kinanah tidak akan menyerang dari belakang kamu, suatu hal yang kamu tidak senang dengannya.

 

 

TENTERA MAKKAH BERGERAK

Setelah itu mereka pun bergerak keluar dari Makkah, sebagaimana yang disifatkan oleh Allah yang bermaksud:

"Dengan penuh lagak sombong menunjuk-nunjuk kepada orang ramai, serta mereka menghalangi manusia dari jalan Allah. "

(al-Anfal: 47)

 

Dan mereka mara ke hadapan sebagaimana yang digambarkan oleh Rasulullah dengan hadis yang bermaksud:

"Mereka mencabar Allah dan RasulNya dengan segala tenaga dan kekuatan persenjataan mereka."

Menepati firman Allah yang bermaksud:

"Dan bergeraklah mereka pada pagi itu, penuh kepercayaan yang mereka akan berkuasa, bagi menghalang kaum miskin".

(al-Qalam: 25)

Langkah-langkah mereka penuh ta'sub, hasad dengki, dendam kesumat dan iri hati ke atas Rasulullah dan sahabat-sahabatnya, lantaran para sahabat ini berani mengancam kabilah mereka. Mereka bergerak secepat kilat ke arah utara menuju "Badar", dengan melalui "Wadi Asafan", ke Qadid kemudian ke Juhfah, di sana mereka telah menerima berita baru dari Abu Sufian yang menyebut: Sebenarnya kamu keluar ini untuk menyelamatkan kabilah kamu, orang-orang kamu dan harta kamu, tetapi kini kita telah diselamatkan Thhan jadi kalian bolehlah pulang.

 

KABILAH DAPAT MELEPASKAN DIRI

Kisah Abu Sufian dan Kabilah yang melalui jalan utara itu adalah amat berjaga-jaga dan waspada, beliau menambah lagi gerakan merisik, sebaik sahaja mereka menghampiri "Badar" beliau mara ke hadapan mendahului kabilah, di situ beliau menemui Majdi bin Amur, Abu Sufian bertanyakan beliau mengenai tentera al-Madinah, jawab Majdi: "Aku tidak melihat seorang pun dari mereka yang diragui, cuma tadi ada dua orang penunggang telah berhenti di bukit itu, setelah minum air bekalan, mereka pun beredar dari situ", Abu Sufian pun segera ke tempat dua penunggang berehat tadi, beliau mengambil najis unta tunggangan dua orang penunggang yang singgah di situ, kemudian beliau memecahkan najis dan memeriksanya. Tiba-tiba beliau mendapati najis itu mengandungi bijian, maka kata beliau: "Demi Allah ini adalah makanan binatang dari Yathrib, segera beliau kembali ke kabilahnya, dengan itu beliau memalingkan pergerakan kabilahnya ke arah pantai sebelah barat, meninggalkan jalan utara ke Badar yang di sebelah kiri. Dengan itu kabilahnya terselamat dari terjatuh ke tangan tentera al-Madinah, sebab itulah maka beliau mengutus surat kepada angkatan tentera Makkah, yang mana mereka menerima suratnya itu semasa tentera Makkah telah berada di al-Juhfah.

 

 

TENTERA MAKKAH BERCADANG UNTUK BERPATAH BALIK DAN KERETAKAN DALAM BARISAN KEPIMPINAN MAKKAH

Setelah tentera Makkah sedang berada di Juhfah menerima perutusan dari Abu Sufian, mereka pun bercadang untuk kembali semula ke Makkah, tetapi pemimpin taghut Quraisy Abu Jahal yang sombong, bongkak dan takbur bangun menyeru: "Demi Allah kita tidak akan pulang kecuali setelah kita sampai ke Badar, di sana kita akan berkhemah tiga malam, kita sembelih sembelihan, kita makan sepuas-puasnya, minum khamar, dan kita berhibur dengan artis-artis penyanyi, sehingga dengan itu kita akan di dengar oleh bangsa Arab tentang pergerakan dan perhimpunan kita, seterusnya mereka akan gerun dengan sikap kita itu untuk selama-lamanya".

Bercanggah dengan Abu Jahal, al-Akhnas bin Syuraiq telah mengeluar pendapat dan bantahan untuk pulang ke Makkah, namun mereka tidak bersetuju dengannya, untuk demikian beliau menarik diri untuk pulang bersama-sama kabilahnya Banu Zuhrah, al-Akhnas merupakan sekutu Quraisy dan ketua Kabilah Banu Zuhrah di dalam gerakan ketenteraan ini, lantaran itu tiada seorang pun dari Banu Zuhrah yang menyertai peperangan Badar, kekuatan mereka lebih kurang tiga ratus (300) orang, Banu Zuhrah amat gembira dan berpuas hati dengan pendapat al-Akhnas bin Syuraiq itu, hingga dengannya beliau menjadi tokoh pemimpin pilihanny a yang didengari, ditaati dan dihormati.

Banu Hasyim pun hendak pulang juga, tetapi Abu Jahal berkeras dengan mereka, katanya: "Kamu tidak boleh bercerai dengan kami, ikut kami hingga kami pulang". Dengan itu tentera Makkah pun rnara ke hadapan dengan kekuatan tentera seramai seribu orang askar, selepas penarikan diri oleh Banu Zuhrah, menuju Badar, angkatan Makkah bergerak hingga sampai hampir ke Badar, di sebalik guar (tanah tinggi) di lembah "al-Udwah al-Qaswa" bersempadan dengan lembah Badar.

 

 

PENDIRIAN TENTERA ISLAM YANG KRITIKAL

Risikan tentera Madinah melaporkan kepada Rasulullah s.a.w yang pada ketika itu masih lagi berada di "Wadi Zufran" mengenai kabilah dan angkatan tentera Makkah, hasil analisa dan perkiraan bahawa pasti sudah tidak dapat dielak lagi pertumpahan darah. Di dalam suasana ini sudah tidak dapat tidak, harus mara ke hadapan dan semestinya tidak boleh berundur, kemaraan harus pula didasarkan kepada keberanian, kecekalan, keperwiraan dan ketegasan, tidak syak lagi kalaulah dibiarkan tentera Makkah bermaharajalela di daerah ini, ianya akan menjadi alasan dan dorongan kepada Quraisy untuk terus berkuasa, malah akan merupakan penerusan kepada kuasa politiknya, di masa yang sama akan melemahkan kredebeliti umat Islam dan kuasanya, malah mungkin akan mengakibatkan gerakan Islam akan tinggal badan tanpa roh dan kekuatan, akan memberi laluan seluas-luasnya kepada segala jenis kejahatan dan hasad kesumat untuk berbuat apa sahaja terhadap Islam.

Selepas kesemuanya itu, siapakah yang akan menjamin keselamatan umat Islam, kiranya pihak Quraisy dan tentera Makkah mara ke Madinah siapa yang akan menghalangnya, pertempuran mungkin akan berpindah ke pintu masuk Madinah, kemudian mereka akan mara hingga ke tengah-tengah Madinah sendiri, tidak sama sekali, kalau diandaikan berlakunya ketewasan kepada tentera Madinah sudah pasti satu kesan buruk akan menimpa kehebatan kaum muslimin dan maruah mereka.

 

MAJLIS PERMESYUARATAN

Memandangkan kepada perkembangan mengejut dan berbahaya ini, maka Rasulullah s.a.w pun mengadakan permesyuaratan majlis tertinggi tentera, di mana Rasulullah melaporkan kedudukan terkini, di dalam sidang ini masing-masing mengemukakan pendapat dan pandangan, lapisan awam dan pemimpin tentera semua turut memberi sumbangan dan pendapat masing-masing, di saat ini terdapat sesetengah hati bergoncang dan ketakutan untuk menghadapi pertumpahan darah ini, mereka inilah yang disebut Allah di dalam firmanNya yang bermaksud:

"Sebagaimana Tuhanmu mengeluarkan mu dari rumahmu dengan kebenaran jua, sedang sebahagian dari orang-orang yang beriman itu tidak setuju. Mereka membantahmu tentang kebenaran berjihad setelah nyata, seolah-olah mereka dihalau kepada kematian yang sedang'mereka lihat".

(al-Anfal: 5-6)

Bagi pihak pemimpin tentera, Abu Bakar al-Siddiq sendiri berucap dan menegaskan sesuatu yang amat baik, kemudian Umar bin al-Khattab pun berucap dan menegaskan segalanya adalah amat baik, disusuli dengan al-Miqdad bin Amru yang menegaskan: "Wahai Rasulullah teruskanlah sebagaimana yang Allah perlihatkan kepada tuan hamba, sesungguhnya kami tetap bersama-sama tuan, demi Allah kami tidak akan berkata kepada tuan, seperti Banu Israil berkata kepada Musa: "Pergilah dikau bersama Tuhan kau, dan berperanglah kamu berdua kami akan tunggu di sini". Tetapi kami akan berkata: "Ayuh maralah dikau bersama Tuhan kau dan berperanglah, sesungguhnya kami bersama kamu untuk berperang, demi Dia Tuhan yang telah mengutuskan dikau dengan kebenaran, seandainya kau membawa kami ke "Birak al-Ghimad" nescaya kami bertempur bersama tuan tanpa menghiraukan apa pun, sehinggalah kita sampai ke sana". Rasulullah membalas kepadanya dengan baik di samping berdoa untuk beliau.

Tiga tokoh tadi adalah dari pimpinan Muhajirin, mereka merupakan majoriti di dalam tentera Islam, seterusnya Rasulullah ingin mengetahui pendapat pemimpin Ansar pula, kerana mereka merupakan majoriti terbesar kekuatan tentera Islam, lagi pun kekuatan tempor terletak pada golongan Ansar, tambahan pula nas Baiah al-Aqabah tidak menuntut supaya mereka berperang di luar kampung halaman mereka, setelah mendengar ucapan tiga pemimpin tadi Baginda masih menyebut: Wahai kalian berilah pandangan kamu, lafaz Rasulullah itu dituju kepada al-Ansar, pemimpin al-Ansar dan pembawa panji, Sa'd bin Muaz segera menangkapi maksud Rasulullah itu dan terus beliau berkata: "Demi Allah, bagaikan tuan hamba memaksudkan kami"? Jawab Rasulullah: "Bahkan".

Sa'd terus dengan ucapannya: "Sebenarnya kami telah pun beriman dengan dikau ya Rasulullah, kami membenarkan dikau, kami bersaksi bahawa apa yang kau bawa itu adalah benar, telahpun kami beri janji-janji dan kepercayaan kami untuk mendengar dan mentaati, ayuh teruskan wahai Rasulullah untuk mencapai sesuatu yang dikau kehendaki, demi Tuhan yang mengutuskan tuan hamba dengan kebenaran, seandainya tuan hamba membawa kami mengharungi lautan nescaya kami harungi, tak seorang pun akan berkecuali, kami bersenang hati dikau membawa kami untuk menemui seteru pada esok hari, kami ini jenis bersabar dan bertahan di dalam peperangan, penuh kepercayaan untuk bertarung dan berhadapan dengan musuh, semoga Allah memperlihatkan sesuatu yang menyenangkan mata melihat, ayuh bawalah kami ke hadapan penuh keberkatan dari Allah"

Di dalam riwayat yang lain menyebut, Sa'd bin Muaz berkata kepada Rasulullah: "Boleh jadi tuan hamba merasakan bahawa pihak Ansar berpendapat sokongannya kepada tuan hamba hanya di perkarangan kampung mereka sahaja, di sini hamba menegaskan bagi pihak Ansar dan menjawab bagi pihak mereka: Ayuh bergeraklah ke mana sahaja, hubungilah siapa yang tuan hamba suka, putuskanlah hubungan dengan sesiapa yang tuan hamba suka, ambillah harta kami sesuka tuan hamba, tinggalkanlah kadar mana harta harta itu kepada kami sesuka hati tuan hamba, sesuatu yang tuan ambil dari kami itu adalah paling kami senangi lebih dari apa yang tuan tinggalkan, sesuatu yang tuan perintahkan itu, maka urusan kami adalah ikutan kepada suruhan tuan itu, demi Allah sekiranya tuan membawa kami untuk sampai di Birak al-Ghimad nescaya kami turuti. Dan Demi Allah seandainya tuan hamba membawa kami mengharungi lautan nescaya kami harungi".

Rasulullah terharu dengan kata-kata Sa'd itu dan terasa segar dan bertenaga, kemudian Rasulullah bersabda yang bermaksud:

    "Ayuh bergeraklah dan bergembiralah dengan berita baik, kerana sesungguhnya Allah telah menjanjikan daku salah satu dari dua kelompok itu, demi Allah sekarang bagaikan daku sedang menyaksi kemusnahan kaum musyrikin ".

     

TENTERA ISLAM MENERUSKAN PERJALANANNYA

Setelah itu Rasulullah pun berpindah dari Zufran melalui lurah-lurah yang dikenali sebagai al-Asafir, kemudian Baginda turun ke kampung dikenali sebagai "al-Diah" menyusur ke bawah meninggalkan "al-Hanan" ke sebelah kanan yang merupakan gua seakan-akan bukit dan darinya Baginda menuju ke tempat berhampiran "Badar".

 

RASULULLAH MENGGERAK OPERASI PERISIKAN

Rasulullah s.a.w telah bertindak sendiri bersama temannya yang pernah bersama-sama di dalam gua Hira' iaitu Abu Bakar al-Siddiq, untuk bersiar-siar di sekitar khemah tentera Makkah, tiba-tiba mereka bertemu dengan seorang syeikh al-Arab, Rasulullah s.a.w pun segera bertanya kepada beliau mengenai Quraisy dan Muhammaddengan sahabat-sahabatnya. Baginda bertanya mengenai kedua tentera itu dengan tujuan merahsiakan diri Baginda, tetapi jawab syeikh al-Arab itu: "Aku tidak akan ceritakan kepada kamu berdua kecuali setelah kamu memberitahu daku siapa kamu berdua ini"? Jawab Rasulullah s.a.w: "Sekiranya saudara memberitahu akan kami beritahu". Kata syeikh al-Arab: "Ayuh begitu caranya", jawab Rasulullah s.a.w: "Memanglah itu caranya".

Kata syeikh al-Arab: "Cerita yang ku dengar bahawa Muhammad dan sahabat-sahabatnya telah keluar pada hari sekian, sekian, sekiranya benar cerita itu mereka sekarang ini berada di tempat sekian, sekian iaitu tempat tentera al-Madinah sedang berkhemah manakala Quraisy pula telah keluar pada hari sekian, sekian, dan kalau benar ceritanya itu maka mereka di hari ini berada di tempat sekian, sekian iaitu tempat tentera Makkah sedang berkhemah".

Setelah beliau selesai menceritakan beliau bertanya: "Dan siapa kamu berdua ini"? Jawab Rasulullah: "Kami ini dari "Ma"" dengan itu Rasulullah terus beredar, syeikh tadi kehairanan memikirkan apa dari "Ma" itu apakah dari "Ma" al-Iraq? (atau "Ma" yang bererti air).

 

 

 

 

MEMPEROLEHI MAKLUMAT TERPENTING MENGENAI TENTERA MAKKAH

Di petang hari yang sama Baginda mengutus lagi risikan-risikannya, semua untuk memungut lagi maklumat seteru, tugas ini dipertanggungjawabkan kepada tiga pemimpin Muhajirin, Ali bin Abi Talib, al-Zubair bin al-Awwam dan Sa'd bin Abi Waqqas bersama beberapa orang sahabatnya yang lain, mereka sampai ke telaga"Badar", Di sana mereka terserempak dengan dua orang suruhan Quraisy mengambil air untuk tentera Makkah, mereka memberkas dua orang pengambil air dan dibawa ke hadapan Rasulullah, sedang di masa itu Rasulullah tengah bersembahyang, kalian yang ada di situ memeriksa mereka berdua dan berkata: "Kami pengambil air untuk tentera Quraisy mereka mengantar kami untuk mengangkut air untuk mereka" namun orang Islam tidak bersenang hati, kerana mereka mengharapkan mereka berdua itu orang suruhan Abu Sufian (kerana mereka masih berhasrat untuk menawan kabilah Quraisy) mereka membelasah kedua-dua orang suruhan itu dengan parahnya, hingga mereka berdua terpaksa mengaku: "Ya kami ini orang Abu Sufian, dengan itu dua orang itu ditinggalkan.

Setelah selesai bersembahyang, Rasulullah berkata kepada mereka sebagai memarahi tindakan mereka itu. Ayuh bila mereka bercakap benar kamu belasah mereka, tetapi bila mereka mendustakan kamu, kamu biarkan mereka pula, mereka berdua ini memang bercakap benar, sebenarnya mereka berdua ini adalah orang suruhan tentera Makkah.

Selepas itu Rasulullah s.a.w bertanya dua orang suruhan yang diberkas, katanya: "Ceritakan kepada ku perihal Quraisy", jawab mereka: "Mereka berada di sebalik bukit pasir itu yang kamu nampak dekat "al-Udwah al-Qaswa". Tanya Baginda lagi: "Berapa ramai tentera Quraisy itu". Jawab mereka: "Memang banyak". Tanya Baginda, "Berapa bilangannya?" Jawab mereka : "Kami tak dapat mengetahuinya". Kata Rasulullah s.a.w: "Berapa ekor sembelihan mereka sembelih setiap hari?" Jawab mereka berdua: "Sehari sembilan dan sehari sepuluh". Kata Rasulullah: "Jadi mereka itu di antara sembilan ratus dan seribu, tanya Baginda lagi: "Siapa di antara mereka orang-orang kenamaan?" Jawab mereka berdua: "Utbah bin Rabiah dan saudaranya Syaibah, Abu al-Bukhturi, Ibnu Hisyam, Hakim bin Hizam, Naufal bin Khuwnilid, al-Harith bin Amir, Tu'aimah bin Adi, al-Nadhr bin al-Harith, Zamaah bin al-Aswad, Abu Jahal bin Hisyam dan Umaiyah bin Khalaf," mereka adalah di antara tokoh Quraisy yang sempat disebut oleh dua orang suruhan Quraisy. Rasulullah berdiri di hadapan kaum muslimin dan berkata: Itu dia Makkah yang telah datang kelmarin dengan anak-anak kesayangan dan buah hatinya.

 

HUJAN TURUN

Di malam itu Allah s.w.t menurunkan hujan di tempat kaum musyrikin. Hujan turun dengan lebat melumpuhkan kemaraan mereka, sedang di tempat kaum muslimin pula hujan renyai-renyai membasahi dan membersihkan badan mereka, mensucikan diri mereka dari noda syaitan, menetapkan bumi tempat mereka bergerak, mengejapkan pasir, mengukuhkan tapak kaki mereka, mengemaskan kedudukan strategi mereka dan menambatkan hati-hati mereka.

 

 

TENTERA ISLAM MENDAHULUI KE TEMPAT PERTEMPURAN YANG STRATEGIK

Rasulullah mengerakkan tenteranya untuk mendahului kaum musyrikin ke perigi Badar, dan menghalang mereka dari menawan perairan berkenaan, Baginda mengambil tempat di malam itu di kawasan terdekat kepada perairan Badar itu. Di masa itu al-Habab bin al-Munzir selaku pakar ketenteraan, bertanya kepada Rasulullah, "apakah kawasan yang kita bertempat sekarang ini suatu yang sudah ditunjukkan oleh Allah hingga tidak boleh kita maju atau ke belakang selangkah pun? Atau apakah ianya sebagai pemilihan strategi dan taktik?" Jawab Rasulullah: "lanya adalah strategi dan taktik semata-mata?" Kata al-Habab: "Kalau demikian ya Rasulullah, lanya bukan tempat yang sesuai, tuan hamba boleh berpindah bersama sekalian tentera ke perairan kaum musyrikin, kita timbuskan dan musnahkan kolah yang di tepiannya dan kita bina pula takungan, kemudian dipenuhkan dengan air hingga dengan itu semasa bertempor nanti kita akan minum manakala kaum musyrikin dalam kekeringan dan kehausan", kata Rasulullah (s.a.w): "Kau telah memberi pendapat yang baik".

Rasulullah pun segera bangun dan bergerak dari situ dengan seluruh tentera hingga sampai ke perairan yang terdekat kepada musuh, di tengah malam mereka menimbus kolam-kolam air dan membina takungan khusus untuk tentera Islam, yang lain habis ditimbus.

 

MARKAS PIMPINAN

Sebaik sahaja kaum muslimin selesai bertempat di sebelah perairan Badar, Sa'd bin Muaz pun mencadangkan kepada Rasulullah s.a.w supaya tentera Islam membina satu tempat khusus bagi markas arahan dari Baginda, sebagai persiapan untuk menghadapi kecemasan, andainya kekalahan sebelum memperolehi kemenangan dengan kata beliau: "Wahai Nabi Allah bagaimana kami akan membina perteduhan untuk tuan hamba, padanya kita tempatkan tunggangan Rasulullah dan kami akan mara ke hadapan menemui seteru, sekiranya dengan bantuan sokongan Allah kita menang maka itulah yang kita harap-harapkan, tetapi jika takdir kita tidak berjaya, maka Rasulullah boleh menggunakan tunggangan yang sedang menunggu di mana Rasulullah boleh bersama tentera kita yang berada di saf belakang, dan musuh tidak sempat mengejar Rasulullah. Sekiranya kaum muslimin mendapat Rasulullah bersama mereka, mereka tidak akan mundur dari tuan hamba malah mereka akan mempertahankan Rasulullah atau berbincang dan berjihad bersama tuan hamba"

Rasulullah menghargai pendapat Muaz itu dengan baik, sambil berdoa untuknya, tentera Islam pun segera membina perteduhan di suatu tempat yang tanahnya tinggi di sebelah tenggara medan peperangan berhadapan dengan arena pertempuran. Seterusnya telah dipilih sebilangan pemuda Ansar di bawah pimpinan Sa'd bin Muaz untuk mengawal Rasulullah di perteduhan itu.

 

 

MOBILISASI TENTERA DAN SEMBAHYANG MALAM

Rasulullah memobilisasikan tenteranya, dan Rasulullah berjalan ke arena pertempuran, sambil menunjuk dengan tangannya dan bersabda: "Ini tempat kematian si pulan besok Insyaallah, di malam itu Rasulullah menghabiskan masanya dengan bersembahyang kepada Allah di tepi sepohon kayu sedang kaum muslimin dapat tidur dengan tenang menanti esok yang cerah, hati mereka mekar dengan keyakinan, di malam itu mereka berehat secukupnya, mengharapkan di besok hari akan menyaksi dengan mata kepala mereka janji-janji Tuhan mereka:

    "Ingatlah ketika kamu dilitupi oleh perasaan mengantuk sebagai satu pemberian aman daripadaNya dan ingatlah ketika la menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk menyucikan kamu dengannya dan menghapuskan dari kamu gangguan dari syaitan dan juga untuk menguatkan hati kamu dan menetapkan dengannya tapak pendirian kamu ".

    (al-Anfaal: 11)

Malam berkenaan adalah malam Jumaat 17 Ramadhan tahun kedua hijrah Rasulullah mula keluar pada 8 haribulan atau 2 haribulan di bulan yang sama.

 

 

TENTERA MAKKAH DI MEDAN PEPERANGAN DAN PERPECAHAN DI KALANGAN MEREKA

 

Manakala Quraisy pula di malam itu berkhemah di al-Udwah al-Qaswa, bila pagi menjelang Quraisy pun berhadapan dengan Katibahnya serta membawa mereka turun dari bukit pasir itu menuju ke lembah Badar, beberapa orang dari mereka menuju ke takungan air Rasulullah, kata Baginda: "Biarkan mereka datang, sesiapa sahaja yang meminum darinya kita bunuh, kecuali Hakim bin Hizam", beliau tidak dibunuh malah selepas beberapa ketika beliau memeluk Islam dan menjadi baik, sehingga kalau beliau hendak bersumpah semasa dalam Islam, beliau akan menyebut: "Tidak, demi Tuhan yang menyelamatkan daku di hari Badar". Setelah pihak Quraisy kembali tenang, maka dihantarnya Umair bin Wahb al- Jumahi untuk mengesan kekuatan tentera al-Madinah, beliau menunggang kudanya di sekeliling perkhemahan Islam, selepas pulang Beliau melaporkan katanya: "Mereka adalah tiga ratus orang, lebih kurang sekitar itu, tetapi tunggu sehingga aku mengesan apakah mereka ada penyerang hendap dan mempunyai logistik pembekal? Dengan itu beliau menjelajah ke tengah-tengah lembah "Badar" dan beliau tidak mendapati apa-apa pun terus beliau pulang dengan katanya: "Aku tidak melihat apa-apa pun, namun pada hemat ku di sana bala sedang menunggu kamu dengan seribu kematian, ku dapati panah-panah di Yathrib membawa kematian yang perih, mereka adalah golongan yang tiada pembela dan perlindungan selain dari pedang mereka, derni Allah kamu tidak akan berupaya membunuh seorang pun dari mereka yang berani dibunuh, kalau dah sebilangan dari kamu ini bertemu ajal, maka tak ada kebaikan lagi untuk hidup. Ayuh, tiliklah minda kamu".

Di masa itu, berlaku satu lagi penentangan terhadap Abu Jahal yang berkeras untuk berperang itu, iaitu usaha untuk membawa balik tentera Quraisy ke Makkah, untuk mengelak berlakunya peperangan. Hakim bin Hizam telah menyeru tentera Makkah berpatah balik. Hakim menemui Utbah bin Rabiah dan menyeru kepadanya: "Wahai Abu al-Walid kamu adalah salah seorang kenamaan Quraisy dan tokoh disegani percakapan, tidakkah kamu tahu , aku mengajak kamu kepada satu kebaikan yang kelak akan disebut sepanjang masa?" Tanya Utbah: "Apa perkaranya wahai Hakim?" Jawab Hakim: "Kau pulang ke Makkah bersama-sama orang kau dan kau bertanggungjawab juga dengan Amru bin al-Hadrami sekutu kau itu (yang terbunuh di dalam Sariyah Nakhlah)" Jawab Utbah: "Aku setuju dan berjanji, Amru adalah sekutu ku dan kau harus bertanggungjawab dengan pembayaran darah kematian dan kerugian harta bendanya."

Kata Utbah kepada Hakim bin Hizam: "Kau jumpa Ibnu al-Hanziliyah (laitu Abu Jahal, al-Hanziliyah adalah ibunya) aku tidak curiga percanggahan pendapat selaih dari beliau". Rabiah pun pergi menemui Quraisy: "Wahai kalian Quraisy demi Allah sesungguhnya tindakan kamu untuk berhadapan dengan Muhammad itu adalah suatu hal, hal yang harus dipertimbangkan, demi Allah sekiranya kamu berjaya melawannya, beliau masih lagi tidak senang untuk melihat muka-muka kamu, yang telah membunuh anak saudaranya atau anak saudara ibunya atau mana orang dari keluarganya, baliklah kamu dan biarlah Muhammad dan orang-orang Arab lain berhubungan dengannya, sekiranya beliau berjaya dengan usahanya itu maka itu juga sebahagian dari hasrat kamu, kalau tidak demikian beliau masih mendapat kamu dan kamu pula tidak menghalang apa yang hendak dilakukan oleh Muhammad dan sahabatnya".

Hakim bin Hizam pula segera menemui Abu Jahal yang sedang mempersiapkan baju besinya, beliau pun terus berkata: "Aku ini disuruh oleh Utbah untuk berbuat begini-begini", jawab Abu Jahal: 'Demi Allah Utbah ini sudah terpukau dan besar diri, ketika beliau menyaksi Muhammad dan sahabat-sahabatnya". "Tidak!! Demi Allah, kami tidak akan pulang hinggalah Tuhan menentukan qadarnya di antara kita dengan Muhammad, biarlah Utbah dengan kata-katanya itu, Utbah telah menyaksi Muhammad dan sahabat-sahabatnya beserta dengan anak Huzaifan yang sudah memeluk Islam itu sudah mampu memakan unta yang gemuk lalu beliau pun memomokkan kamu semua".

Tapi bila mana percakapan Abu Jahal itu sampai ke pendengaran Utbah: "Demi Allah beliau sudah dipukau dan besar diri" maka kata Utbah: "Tunggulah dia akan tahu siapa yang bermegah dan besar diri, akukah atau dia?" Abu Jahal pun bergegas dan bersegera, takut-takut nanti penentangan semakin menjadi-jadi, selepas dialog itu beliau terus menghantar orang menemui Amir bin al-Hadhrami, iaitu saudara kepada Amru bin al-Hadhrami yang terbunuh di dalam pertempuran Sariyah Abdullah bin Jahsy, dengan sebutannya: "Itu dia Utbah sekutu kau, hendak pulang dengan pengikut-pengikutnya, kau sendiri menyaksikan kerja kita ini adalah menuntut bela darah terhadap saudara mu itu. Ayuh bangun carikan mana dia pencabar mu dan pembunuh saudara mu itu". Dengan itu Amir pun segera bangun dan menunjukkan punggungnya sambil melaung: "Wahai Amru, semangat kalian pun memuncak dan bertekad untuk berperang malah mereka yakin peperangan pasti berlaku", seruan Utbah kini musnah sudah, demikianlah keberanian mengatasi kebijaksanaan, tentangan Utbah itu hilang di awang-awangan, tidak sempat mencapai maksud dan tujuannya.

 

 

DUA PASUKAN KINI BERHADAPAN

 

Sebaik sahaja kaum musyrikin muncul dan dua pasukan bertentang mata, Rasulullah bersabda yang bermaksud:

"Ya Allah ya Tuhanku, Ini dia Quraisy yang telah tiba penuh kesombongan dan bongkak. mencabar Kau, mendusta Rasul Engkau. Ya Allah, ya Tuhanku berilah pertolongan Mu yang Kau janjikan itu, ya Allah ya Tuhanku, biarkan mereka musnah di pagi hari ini ".

Rasulullah bersabda semasa melihat Utbah bin Rabiah yang sedang berada di tengah-tengah kaumnya menunggang unta merahnya: "Kiranya ada seorang yang baik di kalangan golongan Quraisy maka pemilik unta merah itulah yang terbaik, itupun sekiranya mereka mentaatinya necaya mereka mendapat petunjuk."

Di saat itu Rasulullah pun bertindak meluruskan dan mengemaskan saf tentera Islam, terjadi satu peristiwa ajaib, di mana pada masa itu Baginda sedang memegang sebatang kayu buat membetulkan saf Islam, Rasulullah mendapati Suwad bin Ghaziah terkeluar dari saf, oleh Rasul, Baginda pun menekan perut Suwad dengan batang kayu tadi dengan sabdanya: "Suwad betulkan saf!" teriak Suwad: "Sakit Rasulullah. Ini kena balas balik!", Rasulullah pun membuka perut untuk dibalas balik hentakkan dengan kayu tadi dan sabdanya: "Ayuh balas balik". Apa lagi Suwad pun memeluk perut Baginda dan mencium serta mengucupnya bertubi-tubi. Sabda Rasul: "Apa yang membawa kau berbuat begini, wahai Suwad". Jawab beliau: "Yang terjadi itulah apa yang tuan hamba lihat itu, Daku nak jadikan itu sebagai detik terakhir untuk ku di mana kulit ku ini telah penyentuh kulit Rasulullah". Rasulullah pun mendoakan sesuatu yang baik untuk beliau.

Setelah selesai mengemas saf, Baginda memerintah tenteranya supaya tidak memulakan peperangan, sehinggalah mereka menerima arahan yang terakhir, kemudian sekali lagi Baginda memberi arahan khusus mengenai peperangan dengan sabdanya yang bermaksud:

    "Sekiranya mereka itu berduyun-duyun, panahlah mereka, tetapi berhemat dengan anak-anak panah kamu dan jangan hunuskan pedang kamu kecuali bila mereka membanjiri kamu, lepas itu Baginda pulang semula keperteduhan khusus bersama Abu Bakr".

Ada pun kaum musyrikin telah disuarakan oleh Abu Jahal dengan perhimpunannya, Ya Allah ya Tuhanku itu dia orang yang memutus hubungan kami, yang membawa angkara yang belum pernah kami kenalinya, musnahkan mereka di pagi ini. Ya Allah, ya Tuhan kami tolonglah mana satu yang tercinta dan tersayang pada Mu di hari ini. Dengan doa ini beliau telah menghukum dirinya sendiri.

Mengenai semua ini Allah menurunkan ayat yang bermaksud:

    Jika kamu(orang-orang Musyrikin) mencari keputusan.maka telah datang kepadamu dan jika kamu berhenti itulah lebih baik bagi mudah jika kamu kembali. Nescaya kami kembali pula dan angkatan perangmu sekali-kali tidak akan dapat menolak dari kamu sesuatu bahaya.biarpun dia 'banyak dan sesungguhnya Allah bersama orang-orang beriman".
    (al-Anfaal: 19)

 

DETIK TERAKHIR DAN PENCETUS PEPERANGAN

Pencetus pertempuran ialah al-Aswad bin Abd aI-Asad al-Makhzumi, manusia yang ganas dan buruk pekerti, telah muncul ke hadapan sambil melaung: "Aku berjanji dengan Tuhan akan ku minum air takungan mereka, akan ku roboh takungan yang mereka bina dan aku rela mati untuk berbuat demikian". Hamzah bin Abdul al-Muttalib pun segera keluar dan tidak lama kemudian, Hamzah secepat kilat memancung pahanya menyebabkan beliau terlentang ke belakang dengan tidak memberi kesempatan kepada beliau untuk sampai ke takungan air, namun beliau terus merangkak ke arah takungan hendak meminum juga dan untuk menunai juga sumpahannya tadi, tetapi Hamzah sekali lagi menerkam ke arahnya dengan pukulan maut, hingga tamat riwayat al-Aswad sedang beliau berada di dalam kawasan takungan untuk meminum juga air dari dalamnya.

 

 

PERTARUNGAN SATU LAWAN SATU

Kematian al-Aswad merupakan pencetus pertempuran, seterusnya tiga jaguh sekeluarga pilihan Quraisy telah keluar menawar diri untuk dicabar, mereka ialah Utbah, saudaranya Syaibah bin Rabiah dan al-Walid bin Utbah, mereka telah dijawab oleh tiga pemuda Ansar, Auf, saudaranya Muaz bin al-Harith (ibu mereka ialah Afra') dan Abdullah bin Rawahah, tanya satria Quraisy: "Siapa kamu?" Jawab mereka: "Kami adalah lelaki Ansar." Kata Quraisy: "Berpadanan dan setimpal, tapi kami tidak mahu kamu, yang kami hendak ialah anak bapa saudara kami, dan mereka melaung; Wahai Muhammad kemukakan kepada kami yang setimpal dari kaum keluarga kami". Kata Rasulullah: "Ubaidah bin al-Harith, Hamzah, Ali, bangun". Mereka pun segera ke hadapan, bila berhampiran, mereka bertanya: "Siapa kamu semua", mereka pun memperkenalkan diri. Jawab Quraisy: "Ya, kamu adalah setimpal dan bangsawan."

Mula-mula Abu Ubaidah di antara yang tertua dari yang ketiga-tiga mereka, tampil ke hadapan melawan Utbah bin Rabinh, kemudian Hamzah berhadapan dengan Syaibah dan Ali mencabar al-Wahid. Hamzah dan Ali langsung tidak memberi kesempatan kepada lawannya, malah kedua-dua lawan mereka terus tersungkur rapat ke tanah dengan pukulan kencang, adapun Abu Ubaidah dan pencabarnya, masing-masing terkena pukulan lawan, masing-masing tercedera, Ali dan Hamzah terus menyambar ke atas Utbah lantas membunuhnya. Mereka memapah Abu Ubaidah, sebelah kakinya terputus. Beliau meninggal dunia di al-Safra, empat atau lima hari selepas peperangan Badar, iaitu semasa kaum muslimin berjalan pulang ke Madinah dalam tempoh ini, beliau berdiam diri.

Saidina Ali menegaskan dengan bersumpah bahawa Ayat yang bermaksud:

    "Inilah dua golongan (mukmin dan kafir) yang berbantahan tentang Tuhan mereka " .

diturunkan mengenai mereka di dalam peperangan ini.

 

 

PELANGGARAN MENYELURUH

Berakhirnya pertarungan satu lawan satu merupakan permulaan yang malang terhadap kaum musyrikin, mereka telah kehilangan tiga tenaga utama dan pilihan wira penunggang kuda, malah ketiga-tiga mereka adalah di antara pemimpin Quraisy, dengan itu mereka naik berang, lantas mereka meluru ke arah tentera Islam.

Adapun kaum muslimin selepas bermunajat memohon pertolongan dari Tuhan mereka, dengan hati ikhlas berjuang kerana Allah, mereka terus berada di tempat mereka mempertahan serangan musyrikin, mereka tidak lebih dari bertindak mempertahankan diri, namun mereka berjaya, menyebabkan pihak musyrikin menerima kerugian yang parah, sambil melaung: Ahad, Ahad.

 

RASULULLAH MEMOHON DOA RESTU KEPADA TUHANNYA

Selepas mengemaskan saf tentera Islam, Rasulullah kembali ke tempatnya dengan bermunajat dan memohon restu kepada Allah akan janji-janjiNya yang dijanjikan itu dengan sabdanya yang bermaksud:

    "Ya Allah Ya Tuhanku perkenankanlah apa yang telah Engkau janjikan, Ya Allah Ya Tuhan ku, aku memohon restu akan janjiMu itu ."

Hingga apabila peperangan memuncak, pejuangan menjadi sengit, kancah pertempuran sampai kepenghujungnya, Baginda sekali lagi memohon doa kepada Tuhannya:

"Ya Allah Ya Tuhanku sekiranya termusnah kelompok ini di hari ini nescaya Kau tidak disembah lagi, Ya Allah Ya Tuhanku sekiranya Kau kehendaki, maka Kau tidak akan disembah lagi selepas hari ini untuk selama-lamanya" .

Rasulullah bersungguh-sungguh dalam doanya, hingga terjatuh kain serban dari atas bahunya, Abu Bakr terpaksa meletakannya semula ke atas bahu Baginda dan berkata:

"Dah, cukup wahai Rasulullah dengan permintaan kau kepada Tuhan mu itu".

Di masa itu Allah telah mewahyukan perintahNya kepada golongan malaikatNya yang bermaksud:

"Sesungguhnya Aku bersama kamu maka teguhkanlah pendirian orang-orang yang beriman. Kelak Aku akan jatuhkan rasa ketakutan ke hati-hati orang kafir ".

(al-Anfal: 12)

Dan Allah mewahyukan kepada RasulNya di bumi, Muhammad s.a.w yang bermaksud:

"Sesungguhnya Aku akan menurunkan bala bantuan kepada kamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut".

(al-Anfaal: 9)

Ketibaan para malaikat, menyertai tentera Islam adalah secara berperingkat-peringkat bukan sekaligus.

 

PARA MALAIKAT TURUN KE BUMI

Rasulullah terlelap dan terlena sejenak, kemudian Rasulullah mengangkat kepalanya lantas bersabda:

"Terimalah berita mengembirakan ini wahai Abu Bakar, itu dia Jibrail yang berada di antara debu berterbangan".

Di dalam riwayat Ibn Ishak menyebut: Rasulullah bersabda yang bermaksud:

"Terimalah berita yang mengembira wahai Abu Bakr. Pertolongan Allah telah melewati engkau itu dia Jibrail memegang kekang kudanya, memecutnya ke hadapan merentas debu-debu yang berterbangan itu ".

Kemudian Rasulullah keluar ke hadapan perteduhan dengan mengenakan baju besi dan menyebut ayat yang bermaksud:

"Kumpulan mereka yang bersatu itu tetap akan dikalahkan dan mereka pula akan berpaling lari".

(al-Qamar: 45)

 

Seterusnya Baginda mengambil segenggam pasir dan menoleh ke arah kaum Quraisy sambil bersabda: "Musnah kalian semua" sambil melontar pasir itu ke arah Quraisy, menyebabkan tak seorang pun yang tidak terkena dengan pasir tadi, malah dengan izin Allah pasir itu terlontar ke telinga, mata, hidung dan mulut mereka semua. Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud:

    "Dan bukanlah engkau yang melempar ketika engkau melempar. Akan tetapi, Allah jualah yang melempar"

    (al-Anfal: 17)

     

SERANG BALAS

Di masa itu Rasulullah mengarah tenteranya untuk membuat serangan balas terhadap tentera Quraisy dengan sabdanya: "Ayuh berkemas" dan merangsang mereka dengan semangat perjuangan. "Demi Tuhan yang jiwa aku di tangannya tak seorang pun yang memerangi mereka itu penuh kesabaran, perkiraan dengan Allah dan tidak lari, kemudian mati syahid kecuali di masukkan Allah ke dalam syurgaNya" dan sabdanya lagi: "Ayuh perolehilah syurga yang keluasannya adalah seluas petala langit dan bumi" di masa itu al-Umair bin al-Hammam mendengar kata-kata Rasulullah terus beliau bersuara: "Amboi, Amboi" demi Allah, aku mengharap diri ku ini salah seorang dari ahlinya" Jawab Rasulullah: "Kau adalah ahlinya" dengan itu beliau membawa keluar buah tamar dari uncangan sambil memakan, kemudian beliau menyebut pula, "Sampai bila hendak makan buah tamar ini, Ini tak boleh jadi" Dengan itu beliau terus mencampak buah tamarnya itu dan terus beliau bergelut sepenuhnya di dalam pertempuran hinggalah beliau syahid.

Manakala Auf bin al-Harith Ibni al-Afra' pula bertanya Rasulullah dengan katanya: "Wahai Rasulullah apakah yang mengetawakan Tuhan dari tindakan hambaNya", jawab Rasulullah: "Seorang yang bergelut dengan seterunya secara terdedah, baju besi yang dipakainya itu ditanggalkan dan dicampak buang, hanya menggenggam pedangnya dan terus berperang hingga jatuh syahid."

Semasa Rasulullah mengarah serangan balas pihak seteru sudah pun tidak bersemangat lagi, keaktifan mereka bertarung pun sudah luntur, tindakan Rasulullah itu paling bijak, ianya telah memberi kesan yang mendalam pada saf kaum muslimin dan memperkukuhkan kedudukan tentera Islam, sebaik sahaja mereka menerima arahan membuat serangan, jiwa mereka membara dan bertambah cergas secergas kaum belia, dengan itu mereka membuat serangan tubi dan mengganyang barisan seteru seranapnya, pertahanan Quraisy terbadai bagaikan tikar digulung di sana sini. Kepala-kepala tercantas, badan-badan terkulai jatuh tertiarap ke bumi, tentera Islam semakin bersemangat apabila melihat Rasulullah merangsang mereka dengan pakaian baju besi sambil melaung:

"Akan kalah semua kelompok itu dan akan beredar lari".

Kaum muslimin bersungguh-sungguh dan bermati-matian, para malaikat membantu mereka. Dalam riyawat Ibnu Said dari Ikrimah telah menyebut: Di hari itu ada kepala yang terpelanting jatuh dan tidak tahu siapa yang mengerjakannya, dan ada pula tangan jatuh dan tidak tahu siapa yang mengerjakannya dan dua puluh tangan yang terluka jatuh dan tidak tahu siapa yang memukulnya, Ibnu Abbas pula menyebut: Di ketika seorang Islam sedang mengasak musuh musyrikin yang di hadapannya tiba-tiba terdengar rembatan cemeti di sebelah atas dan suara penunggang kuda melaung: Ayuh, mara ke hadapan, wahai Haizum. Beliau pun memerhati musyrikin yang di hadapannya, orang lain pun menceritakan kisah yang sama juga, seorang Ansar telah menemui Rasulullah dan menceritakan sedikit kisah yang sama kepada Baginda, maka sabda Rasulullah s.a.w: "Memanag benar semuanya itu, dan itulah bantuan dari petala langit ketiga". Kata Abu Daud al-Mazani: "Semasa aku sedang memburu lelaki musyrik belum sempat ku menentangnya tiba-tlba kepalanya sudah terjatuh, belum sempat lagi pedang ku mengena beliau, aku sedarlah yang membunuhnya itu bukannya aku, seorang lelaki Ansar membawa al-Abbas bin Abdul al-Muttalib tawanannya, kata al-Abbas: "Demi Allah bukan orang ini yang menawan aku, tetapi yang menawan aku seorang lelaki tangkas, berupa paras cornel menonggang kuda borek, tapi aku nampak dia bersama-sama kaum muslimin", kata al-Ansar: "Sebenarnya daku yang menawannya wahai Rasulullah". Jawab Baginda: "Senyap, sebenarnya kau telah dibantu oleh Malaikat yang mulia".

 

IBLIS MENARIK DIRI DARI KANCAH PEPERANGAN

Iblis yang menyertai kaum musyrikin dengan menjelma sebagai Suraqah bin Malik bin Jaksyam al-Mudlaji telah mendapati kumpulan para malaikat bersama kaum muslimin melawan musuh-musuh mereka. Kaum musyrikin telah cabut lari, dan berpaling tadah, al-Harith bin Hisyam yang memegang orang yang disangka Suraqah telah menendang ke dadanya menyebabkan beliau tersungkur jatuh, kemudian ianya cabut lari, sedang kaum musyrikin melaung: "Ke mana Suraqah? Tidakkah kau mengatakan yang engkau membantu kami dan tidak akan berpisah dari kami?" Jawab Iblis: "Sebenarnya aku telah melihat sesuatu yang kamu tidak melihatnya, aku takut siksaan Allah yang amat pedih itu, Iblis lari dan mencampak dirinya ke dalam laut".

 

KEKALAHAN YANG TERUK

Tanda-tanda kekalahan dan huru-hara dalam barisan musyrikin sudah mula kelihatan, manakala kaum muslimin terus membuat asakan bertubi-tubi ke hadapan tentera musuh, pertempuran hampir sampai ke penghujungnya, beberapa kelompok musyrikin telah berundur dan lari menyelamatkan diri. Bagi kaum muslimin itulah peluang terbaik untuk mereka menawan dan membunuh seteru-seteru mereka, hinggalah selesai peperangan dengan kemenangan di pihak kaum muslimin. Allahu akbar.

 

KEDEGILAN ABU JAHAL

Setelah Abu Jahal, Taghut Quraisy terbesar melihat tanda-tanda porak-peranda di dalam barisannya beliau telah cuba sedaya upayanya untuk berkeras dan menahan arus kemaraan tentera Islam. Beliau cuba merangsang tenteranya dengan melaung kepada mereka dengan suara dan sikap yang bengis. Kami tidak akan terkalah dek penarikan diri oleh Suraqah itu, dia itu ada perjanjian dengan Muhammad, janganlah kamu gerun kerana kematian Utbah, Syaibah dan al-Walid, malah mereka semua telah mara ke hadapan lebih awal, demi al-Lata dan al-Uzza kita tidak akan balik kecuali setelah kita memberkas mereka dengan tali-tali, apakah tidak boleh dua ribu orang kamu ini membunuh seorang pun dari mereka, ayuh, musnahkanlah mereka itu sehabisnya, hingga dapat kita mengajar mereka dengan kejahatan tindakan mereka.

Namun tidak lama kemudian Abu Jahal dapat melihat hakikat kesombongannya itu, dan tidak berapa lama pula, barisan musyrikin mula retak dan berpecah di hadapan arus serangan tentera Islam. Ya! Memang tinggal segelintir sahaja dari tentera musyrikin yang bertahan di sekeliling Abu Jahal, mereka membentuk satu benteng dari barisan berpedang dan tombak di sekeliling Abu Jahal, namun kesemuanya itu tidak mampu menyekat kemaraan tentera Islam, benteng yang dibentuk itu berkecai, dan kepala Taghut itu menampakkan dirinya.

Kaum muslimin mendapati ianya sedang beligar dengan kudanya untuk menemui ajal yang sedang menunggunya, darahnya akan mengalir dari tangan dua orang anak-anak al-Ansar.

 

 

 

KEMATIAN ABU JAHAL

Abdul al-Rahman bin Auf menceritakan: "Sesungguhnya daku di dalam saf peperangan Badar, bila aku memerhatikan di hadapan, aku dapati di kiri dan di kananku dua orang belia masih muda, daku bagaikan tidak berasa selamat terhadap diri mereka". Salah seorang dari mereka bertanyakan padaku dan meminta merahsiakan penyataannya itu dari kawannya yang seorang lagi, katanya: "Pak Cik tunjukkan saya mana dia Abu Jahal", jawabku: "Anakku! Apa yang kamu hendak buat dengannya?" katanya pula: "Saya mendapat tahu yang ianya selalu memaki Rasulullah s.a.w" tambah beliau lagi: "Demi Tuhan yang nyawa ku di tanganNya, kalaulah aku ternampaknya nescaya diri ku tidak akan renggang dari dirinya, kecuali kematian sahaja yang akan meragut mana-mana satu yang lebih segera ajalnya, aku kehairanan dengan sikapnya itu". Kata Abdul al-Rahman lagi: "Sekali lagi aku dikerling oleh pemuda yang seorang lagi dengan isyarat sambil beliau berkata kepadaku seperti pemuda yang pertama juga, daku pun terus memandang-mandang ke arah Abu Jahal yang terkial-kial di tengah-tengah orang ramai", dan ku berkata kepada mereka berdua: "Kamu tengok tak? "Itu dia orang yang kamu bertanyakan tadi".

Kedua-dua mereka pun menerkam dengan pedang ke arah Abu Jahal dan segera menerbangkan nyawanya, terus mereka pergi menemui Rasulullah dan menceritakan kepada Baginda, lantas Rasulullah pun bertanya: "Siapa di antara kamu yang membunuhnya? Jawab tiap dari mereka: "Saya Rasulullah". Tanya Baginda: "Apakah kamu sudah mengesat pedang kamu?" Jawab mereka: "Tidak, Rasulullah pun melihat kepada kedua-dua pedang mereka", maka sabda Rasulullah s.a.w: "Ya kedua-dua kamulah yang membunuhnya". Setelah selesai peperangan Rasulullah pun menyerahkan rampasan perang kepada kedua-dua pemuda tadi iaitu Muaz bin Amru bin al-Jumahi dan Muawiz bin Afra'.

Ibnu Ishak meriwayatkan bahawa Muaz bin Amru bin al-Jumahi berkata: "Daku dengar cerita mengenai kaum musyrikin dan Abu Jahal sedang dikawal rapi, bak pokok besar yang diselaputi oleh pokok semalu yang rimbun, sukar untuk ditembus benteng pengawalan itu, beginilah gambaran pedang-pedang dan tombak-tombak yang memagar Abu Jahal". Mereka semua melaung: "Abu al-Hakim sukar untuk sampai kepadanya." Kata Muaz: "Bila aku mendengar laungan itu, aku terus memberi perhatian dan bertekad untuk mendapat peluang, sebaik sahaja aku mendapati kesempatan membuat pukulan terus ku menerpa dan memenggal separuh kakinya, demi Allah tiada bahasa yang dapat ku gambarkan peristiwa ini selain dari gambaran sebiji keras yang dipecahkan dengan hentakan kayu hingga berkecai kulitnya itulah gambaran yang dapat kugambarkan, di masa itu anaknya Ikrimah telah menetak aku dengan pedangnya hingga terkulai sebelah tanganku yang masih tersangkut dengan kulitku, peperangan sengit menyiksaku, sepanjang hari itu aku berperang dengan mengheret tangan ku yang terkulai itu, bila terasa membebankan sangat ku pijak dengan kakiku hingga ianya tercabut putus dari badanku". Di masa itu Mu'az bin Afra', melalui berhampiran Abu Jahal yang sudah cedera itu, Mu'az pun terus menggasak Abu Jahal dengan pedangnya hingga terhumban jatuh dan ditinggalkan bernyawa ikan, sedang Mu'az terus berperang hingga jatuh sebagai seorang syahid.

Setelah selesai peperangan Rasulullah s.a.w memerintah supaya dicari Abu Jahal dengan sabdanya: Siapa boleh tengok apa yang dilakukan oleh Abu Jahal, semua orang keluar mencari-cari Abu Jahal, akhirnya Abdullah bin Masud r.a menjumpainya yang masih bernyawa ikan, Abdullah meletakkan kakinya ke atas leher Abu Jahal dan memegang janggutnya untuk memenggal kepalanya dan berkata adakah Allah memalukan kau wahai musuh Allah?" Tanya Abu Jahal: "Dengan apa dimalukan aku? Tiada sebarang aib pun ke atas ku, aku tidak lebih dari seorang yang dibunuh oleh kaumnya sendiri. Atau apakah aku ini lebih dari seorang yang kamu bunuhnya?" dan katanya lagi: "Aku mahu bukan orang bawahan yang membunuh aku", dan tanya Abu Jahal: "Hari ini suasana berpihak kepada siapa?" Jawab Ibnu Masud: "Kepada Allah dan RasulNya?" kemudian beliau berkata lagi kepada Ibnu Masud yang sedang meletak kakinya ke atas leher Abu Jahal: "Kau sedang mendaki satu tangga yang sukar wahai si pengembala kambing". Dan memanglah sebelum ini Ibnu Masud adalah seorang pengembala kambing di Makkah.

Setelah selesai dailog di antara mereka ini Ibnu Masud pun memenggal lehernya dan dibawanya ke hadapan Rasulullah s.a.w seraya berkata: "Wahai Rasulullah, Ini dia kepala Abu Jahal musuh Allah", jawab Rasulullah dan Baginda mengulanginya tiga kali kemudian menyebutnya lagi: "Ayuh tunjukkan daku mana dia jasad Abu Jahal itu", kami pun pergi ke tempat jasadnya yang tersadai itu dan menunjukkannya kepada Baginda dan kemudian Baginda bersabda: "Inilah dia Firaun umat ini".

 

PENAMPILAN IMAN DI DALAM PERISTIWA INI

Sebelum ini telahpun kita kemukakan dua contoh penampilan iman dan akidah, iaitu Umair bin al-Hamaman dan Auf bin al-Harith ibni Afra', di dalam peristiwa Badar ini terserlah gambaran-gambaran perjuangan yang indah, padanya terserlah kekuatan aqidah dan kemantapan prinsip, di dalam peristiwa ini si bapa berhadapan dengan si anak, si

abang berhadapan dengan adiknya, prinsiplah yang memisahkan mereka dan pedang pula yang menceraikan mereka, yang tertewas berhadapan dengan yang menang, maka dengannya legalah dan puaslah perasaan dendam di hati.

1. Ibnu Ishak meriwayatkan dari Ibnu Abbas menceritakan bahawa Rasulullah telah berkata kepada sahabatnya: "Aku telah memastikan di mana terdapat beberapa orang dari Banu Hasyim yang menyertai peperangan bagi pihak Quraisy sebenarnya mereka itu dipaksa, mereka tidak bertujuan memerangi kita di sini, sesiapa di antara kamu yang berhadapan dengan mereka janganlah membunuh mereka, sesiapa yang menemui Aba al-Buhturi bin Hisyam janganlah membunuh beliau dan sesiapa yang menemui al-Abbas bin Abdul Muttalib janganlah membunuh beliau kerana beliau keluar secara terpaksa". Abu Huzaifah bin Utbah pun bertanya: "Apakah harus kami membunuh bapa-bapa kami, ernak-emak kami saudara-saudara kami dan keluarga kami kemudian al-Abbas dibiarkan, demi Allah kalau ku berhadapan dengan al-Abbas pasti ku bunuhnya, atau ku tikamnya dengan pedang ini". Kata-katanya itu sampai ke pendengaran Rasulullah (s.a.w) terus Baginda berkata kepada Umar bin al-Khattab: "Wahai Abu Hafs apakah layak muka bapa saudara Rasulullah dipukul dengan pedang? Kata Umar: "Wahai Rasulullah, biarkan sahaja daku memenggal lehernya dengan pedang ku ini, demi Allah beliau itu munafiq".

Dengan itu Abu Huzaifah merungut: "Sebenarnya aku terus tidak merasai sejahtera dengan kata-kataku itu sejak hari ku lafazkan dan ku masih lagi takut dengannya kecuali sekiranya daku dikifaratkan dengan mati syahid". Akhirnya beliau dikurniakan dengan kematian sebagai seorang syahid di medan peperangan di al-Yamamah.

2. Larangan untuk tidak dibunuh Abu al-Buhturi, kerana beliaulah yang menghalang kaum musyrikin dari membunuh Baginda semasa di Makkah, beliau tidak pernah menyakiti Baginda dan tidak pula melakukan sesuatu yang tidak menyenangkan Baginda dan beliaulah orang yang bertindak membatalkan watiqah pemboikotan Quraisy terhadap Banu Hasyim dan Banu al-Muttalib.

Namun walau bagaimanapun Abu al-Bukhturi terbunuh juga (Qada' dan Qadar), ceritanya: al-Majzar bin Zaid al-BuIwi telah bertemu dengan Abu al-Bukhturi di dalam kancah peperangan bersama dengan kawannya yang turut berperang di sampingnya, maka kata al-Majzar wahai Abu al-Bukhturi sebenarnya Rasulullah telah melarang kami membunuh kamu. Tanya Abu al-Bukhturi: Dan juga kawan ku ini? Jawab al-Majzar: Tidak! Demi Allah kami tidak boleh kecualikannya. Jawab Abu al-Bukhturi: Demi Allah kalau demikian aku mesti mati bersamanya, mereka berdua terus menyerang. Bagi al-Majzar tidak ada pilihan selain dari membunuh kedua-duanya.

3. Abdul al-Rahman bin Auf semasa jahiliah adalah kawan kepada Umaiyah bin Khalaf di Makkah, semasa di Badar Abdul Rahman bin Auf menemui Umaiyah sedang berdiri di samping anaknya yang bernama Ali sarnbil memegang tangannya, Abdul Rahman sedang membawa baju-baju best yang telah dirampasnya bila mereka berdua terpandang Abdul al-Rahman, Umaiyah pun berkata:

Adakah kau perlukan sesuatu pada aku? Daku ini lebih berharga dari baju-baju besi yang kau tawankan itu, yang tidak pernah ku lihatnya seperti yang di hari ini, apakah kamu tidak memerlukan susu-susu?

Maksud Umaiyah bahawa sesiapa sahaja yang menawannya beliau akan bayarkan harga pembebasan diri dengan unta-unta yang mengeluarkan susu-susu yang banyak. Dengan itu Abdul al-Rahman pun mencabut butang baju-baju besi dan memegang kedua-duanya. Dan Abdul al-Rahman pun mencerita selanjutnya: Umaiyah telah berkata kepada aku sedang ku berdiri di antara Umaiyah dan anaknya: Siapakah orang yang bersemat dengan bulu burung kasawari di dadanya itu? Jawab Abdul al-Rahman itulah dia Hamzah Ibni Abdul al-Muttalib, jawab Umaiyah: Dialah yang telah mengganyangkan kami sepanjang peperangan.

Cerita Abdul al-Rahman: Demi Allah ketika ku sedang membawa kedua-duanya tiba-tiba Bilal terpandang Umaiyah yang bersama ku, dan Umaiyah inilah yang menyiksa beliau semasa di Makkah dahulu. Bilal menjerit: Kepala kafir Umaiyah bin Khalaf, kalau orang boleh lepas tapi kau tidak akan lepas, kalau kau hendak lari di hari ini. Ku melaung: Wahai Bilal mereka ini tawananku. Jawab Bilal: Tidak lepas kalau hendak lari di hari ini. Kataku: Tidakkah kau dengar wahai anak Hitam: Laung Bilal: Tidak lepas kau hendak lari. Beliau melaung selantang-lantang suaranya: Wahai Pembantu Allah, kepala kafir, Umaiyah bin Khalaf berada di sini tidak lepas, kalau orang lain lepas tapi kau tidak akan lepas, kalau hendak lari. Kata Abdul al-Rahman: Mereka semua melingkunginya, hingga jadi seperti sekepal nasi, aku cuma melindunginya sambung Abdul al-Rahman lagi: Tiba-tiba seorang lelaki memukul anak Umaiyah dengan pedangnya hingga terjatuh, di masa itu Umaiyah pun menjerit belum pernah lagi ku mendengar jeritan seperti itu, dan ku berkata: Ayuh lari dan selamatkan dirimu, dan sebenarnya tiada tempat baginya untuk menyelamatkan dirinya, demi Allah tiada suatu pun yang mampu menyelamatkan kau, dengan itti mereka mengganyang kedua-duanya dengan pedang-pedang mereka hingga selesai, menyebabkan Abdul al-Rahman berkata: Semoga Allah mengasihani Bilal, baju-baju besi rampasan perangku telah hilang, dan ku dikejutkan dengan pembunuhan ke atas tawanan ku.

Di dalam kitab "Zad al-Maad" Abdul al-Rahman telah menyuruh Umaiyah dengan katanya: Ayuh rebahkan dirimu, maka Umaiyah pun me rebahkan dirinya dan Abdul al-Rahman merebahkan dirinya ke atas Umaiyah buat melindunginya, namun mereka semua terus memukulnya dari bawah ku, hingga terbunuh. Menyebabkan kaki Abdul al-Rahman juga terkena tetakan.

4. Di peperangan Badar juga terjadi di mana Umar bin al-Khattab membunuh bapa saudaranya (Khal: bapa saudara dari pihak ibunya) al-Aas bin Hisyam bin al-Mughirah.

5. Di dalam peristiwa ini Abu Bakr al-Siddiq melaungkan kepada anaknya Abdul al-Rahman yang turut bersama kaum musyrikin dengan katanya: Mana dia hartabendaku wahai si hodoh bedebah?. Jawab Abdul al-Rahman:

Tiada yang tinggal selain kuda Dan pedang buat membunuh si beruban tua

6. Setelah kaum muslimin memegang tawanan mereka, sedang Rasulullah di dalam perteduhannya dan Sa'd bin Muaz berdiri di pintu mengawal Baginda dengan pedangnya, Rasulullah memerhati kemuka Sa'd dan mendapat sesuatu yang tidak kena padanya, dengan tindakan kaum muslimin itu. Sabda Rasulullah: "Nampaknya, bagaikan sesuatu yang tidak kena pada kau dengannya tindakan mereka itu?" Jawab beliau: "Bahkan Wahai Rasulullah. Peristiwa Badar ini merupakan kejadian pertama yang ditakdirkan Allah terhadap kaum musyrikin, aku lebih suka berlaku pembunuhan ke atas orang musyirikin daripada membiarkan mereka hidup".

7.. Di hari berkenaan pedang Akasyah bin Mahsan al-Usdi terpatah, beliau pun segera mengadu hal kepada Baginda, maka oleh Baginda diserahkan kepada Akasyah sebatang kayu, sabda Baginda: "Ayuh berperanglah kau dengan'benda ini". Sebaik sahaja beliau mengambilnya dari Rasulullah dan diacu-acukan dengannya, tak semena-mena, ianya bertukar menjadi sebilah pedang panjang waja besinya, bermata putih dan tajam. Beliau berperang dengannya hinggalah Allah memberi kemenangan kepada kaum muslimin. Pedang itu dikenal dengan "al-A'wn" bererti pertolongan, pedang itu kekal bersama beliau dengannya beliau menghadiri pertempuran-pertempuran hinggalah beliau syahid di dalam peperangan al-Riddah dengan keadaan pedang itu kekal bersama-samanya.

8. Setelah selesai peperangan Musab bin Umair bertemu dengan saudaranya Abu Aziz bin Umair yang juga telah turut serta memerangi kaum muslimin, didapatinya sedang diberkas oleh seorang Ansar maka kata Musab kepada al-Ansar tadi: Kemaskan ikatannya kerana ibunya seorang hartawan, boleh jadi ibunya akan menebuskannya nanti, maka kata Abu Azizi kepada saudaranya Musab: Apakah itu pesanan kau terhadap ku ini? Jawab Musab: Beliau ini saudara ku bukannya kau.

9. Semasa diperintah supaya mayat-mayat kaum musyrikin dicampak ke dalam lubang, dan diseretnya mayat Utbah bin Rabiah, Rasulullah terpandang muka anaknya Abu Huzaifah yang dalam keadaan muram dan masam, sabda Rasulullah: "Wahai Abu Huzaifah! Bagaikan kau merasakan sesuatu terhadap bapa kau itu". Jawab beliau: "Tidak! Demi Allah, wahai Rasulullah, daku tidak merasai tentang kematian ayahku itu, cuma aku ini memang mengenali bapaku sebagai seorang yang berpandangan luas, kepintaran yang waras dan kelebihan tak terbatas, sebenarnya ku mengharapkan supaya beliau dihidayatkan Allah kepada Islam, tapi setelah ku menyaksi apa yang telah menimpanya, dan kematiannya di dalam kafir, harapan ku musnah sama sekali dan inilah yang mendukacitakan daku". Lalu Rasulullah pun mendoakan kebaikan dan mengharapkan sesuatu yang baik untuk beliau.

 

QURBAN KEDUA-DUA BELAH PIHAK

Peperangan berakhir dengan kekalahan yang teruk bagi pihak musyrikin dan pembukaan serta kemenangan yang menyeluruh bagi pihak muslimin. Seramai empat belas orang telah terkorban sebagai syahid, enam muhajirin dan lapan al-Ansar. Manakala kaum musyrikin telah mengalami kerugian harta benda dan nyawa amat parah, terbunuh tujuh puluh orang dan berpuluh-puluh orang yang lain menjadi tawanan, keseluruhan mereka adalah lapisan pemimpin, kepala dan ketua.

Sebaik sahaja selesai peperangan Rasulullah pun tampil ke hadapan memerhati mangsa-mangsa musyrikin dan sabdanya: "Kamu sejahat-jahat keluargaku terhadap Rasul kamu, kamu mendusta sedang orang lain mempercayai daku, kamu mengecewakan daku, sedang orang lain membantu daku, kamu menghalau daku sedang orang lain membela daku".

Kemudian Rasulullah memerintah supaya mereka semua dicampak ke dalam lubang pengambusan Badar. Abu Talhah meriwayatkan bahawa Rasulullah memerintah supaya mencampak empat belas bangkai pemuda-pemuda Quraisy ke dalam lubang-lubang pengambusan Badar, persemadian kuncu-kuncu jahat. Selama tiga hari bila baginda melalui di situ. Rasulullah berdiri di kawasan pengambusan, di hari ketiga Rasulullah ke sana dengan tunggangannya setelah

menambat binatang tunggangannya, Baginda berjalan kaki dengan diikuti oleh para sahabatnya. Rasulullah berdiri ditepi tebing lubang dan Baginda menyeru kepada mereka yang dikambus di situ serta menyebutkan nama-nama mereka dan nama bapa-bapa mereka: "Wahai pulan bin pulan, wahai pulan bin pulan, adakah mengembirakan kamu kerana kamu mentaati Allah dan RasulNya? Sesungguhnya kami mendapati apa yang telah dijanjikan Tuhan kami itu benar". Maka tanya Saidina Umar: "Wahai Rasulullah apakah yang tuan hamba bercakap dengan jasad-jasad yang tidak bernyawa itu?" Jawab Rasulullah: "Demi jiwa Muhammad di tanganNya. Kamu tidak lebih mendengar dari apa yang didengar oleh mereka itu". Dan di dalam riwayat yang lain:

"Kamu tidak lebih mendengar dari mereka, cuma mereka tidak boleh menjawab".

 

MAKKAH MENERIMA BERITA KEKALAHAN

Orang-orang musyrikin lintang pukang lari dari medan pertempuran, di dalam Jusaha menyelamatkan diri, masing-masing bertempiaran ke lorong-lorong dan jalan-jalan ditepian bukit menuju ke Makkah dengan perasaan tidak tahu bagaimana hendak memasuki kota Makkah, lantaran malu dan merasa aib.

Mengikut cerita Ibn Ishak dengan katanya: Orang pertama yang cedera sampai ke Makkah ialah al-Haisaman bin Abdullah al-Khuzai, pihak Quraisy yang berada di Makkah terus menyoal beliau kata mereka: Apa yang sudah terjadi? Jawab al-Haisaman: Mereka yang terbunuh ialah Utbah bin Rabiah dan saudaranya Syaibah, Abu al-Hakim bin Hisyam (Abu Jahal), Umaiyah bin Khalaf dan tokoh-tokoh yang lain yang dilaporkan oleh al-Haisaman, semasa beliau membilang tokoh-tokoh Quraisy, Sufwan bin Umaiyah yang sedang duduk di dalam Hajar Ismail menyampuk dengan katanya: Demi Allah kalau dia masih berakal dan ingat, tanyalah beliau mengenai diri ku ini maka kata mereka: Apa yang telah dilakukan oleh Sofwan bin Umaiyah. Kata al-Haisaman: Itu dia orangnya, sedang duduk di dalam al-Hijr, demi Allah sesungguhnya aku telah menyaksi bapa dan saudaranya ketika mereka dibunuh.

Abu Raf pembantu Rasulullah menceritakan: Semasa ku sebagai budak suruhan al-Abbas, masa itu cahaya Islam telah pun menyeluruh hidup kami sekalian Ahl al-Bait, al-Abbas telah memeluk Islam, juga Ummu al-Fadhl dan daku sendiri tapi al-Abbas merahsiakan keislamannya. Semasa peristiwa Badar Abu Lahab tidak turut serta, bila berita kekalahan Quraisy sampai kepadanya beliau memendamkannya, dan kini Allah memalukannya, sedang kami pula merasai sesuatu kebanggaan dan kekuatan pada diri kami, aku adalah menusia dhaif. Kerjaku membuat bijana, aku mengukirkannya di perkarangan telaga Zamzam, demi Allah semasa ku sedang mengukir bijana-bijana ku di mana Ummu al-Fadhl duduk di sampingku. Alangkah gembiranya sebaik sahaja kami mengetahui berita peperangan Badar itu, tiba-tiba Abu Lahab berjalan menyeret-nyeret kakinya dengan niat jahatnya, terus beliau duduk di atas seketui batu, belakang ku membelakanginya, semasa tengah duduk tiba-tiba orang ramai meneriak: Itu dia Abu Sufian bin al-Harith bin Abdul Muttalib telah pun tiba. Maka sahut Abu Lahab dengan katanya: Ayuh mari ke sini, demi jiwa kau! pasti ada berita. Kata Abu Rafi': Abu Sufian pun duduk di sampingnya, orang-orang lain melingkunginya. Kata Abu Lahab: Wahai anak saudaraku cuba kau ceritakan apa kisah lanjut mengenai semua orang kita itu? Kata Abu Sufian: Apa yang berlaku, sebaik sahaja kita berhadapan dengan mereka, bagaikan kita menyerahkan bahu-bahu kita, untuk mereka membunuh kita sekehendak hati mereka, menawan kita sekehendak hati mereka, demi Allah dalam keadaan demikian aku tidak dapat mengumpulkan orang-orang kita, dalam keadaan demikian kami berhadapan dengan lelaki-lelaki serba putih memecut kuda di antara langit dan bumi. Demi Allah tak suatu pun yang ditinggalkan kesemuanya dikerjakannya.

Kata Abu Rafi': Aku pun mengangkat hujung ketul batu yang diduduki Abu Lahab tadi dengan tangan ku sambil ku berkata: Demi Allah itulah dia yang dikatakan Malaikat. Di masa itu Abu Lahab pun mengangkat tangannya dan menempeleng mukaku sehabis tenaganya, aku lawan balik, namun beliau memaut tubuh dan merebahkanku ke tanah dan terus beliau duduk ke atas sambil memukul dan melanyakkan ku, apa nak buat aku seorang yang lemah dan dhaif, di ketika itu Ummu al-Fadhl bingkas bangun memegang seketui batu bujur dan dihentaknya ke kepala Abu Lahab hingga luka dan meneriak: Kau perlecehkannya di ketika tuannya tak ada di rumah, masa itu Abu Lahab pun bangun dan beredar dari situ dengan malu. Demi Allah Abu Lahab tidak sempat hidup lama kerana di hari ketujuh lepas kejadian beliau telah diserang sejenis kudis bernanah yang memang sial pada anggapan orang Arab, beliau mati lantaran penyakit tadi, matinya dibiarkan oleh anaknya tanpa dipedulikan, selama tiga hari tiada siapa pun mendekati atau mengambusnya, namun takut dikecam oleh masyarakat Arab kerana bersikap sambil lewa itu maka anak-anaknya pun menggali lubang untuk mengambus, itupun mereka menolak ke dalam lubang dengan ranting-ranting kayu dan melontar anak-anak batu untuk menimbus lubang pengambusan dari jarak jauh akhirnya tertimbus juga.

Demikianlah Makkah menerima berita kekalahan di medan peperangan Badar yang parah itu. lanya memberi kesan yang amat mendalam di jiwa mereka, namun mereka melarang sebarang teriak tangis tanda perkabungan untuk mengelak ejekan kaum muslimin.

Di antara cerita-cerita pelik ialah aI-Aswad bin al-Muttalib yang kehilangan tiga orang puteranya di dalam peristiwa Badar, beliau suka agar kehilangan mereka itu ditangisi, beliau seorang yang cacat penglihatan, pada masa itu beliau terdengar suara tangisan dan ratapan kematian oleh seorang wanita. Beliau menghantar budak suruhannya dengan katanya: Pergi tengok apakah dibolehkan tangisannya dan ratapan? Adakah Quraisy telah meratapi di atas kehilangan-kehilangannya? Semoga aku boleh meratapi ke atas anakku Abu Hakimah, kerana sabariku sudah kehangusan. Budak suruhan pulang sambil berkata: lanya seorang wanita menangis kerana kehilangan untanya, Aswad pun tidak tertahan lagi terus meratap dalam madahnya:

Perempuan menangis dek unta kehilangan

lena tak mengunjung ruang mata kau pula tak meratapi Bakar kematian

Kan Badar tidak membawa tuah Di Badar Banu Hasis dan Makhwm

Anak Abu al-Walid menjadi tawanan Tangislah dek kehilangan Uqail

Asad singa Arab meratapi Harith Semuanya tiada setara ratapan

Abu Hikmah, tiada bandingan Selepas kematian kalian mengarah

Tanpa Badar masakan kalian memerintah.

 

AL-MADINAH MENERIMA BERITA KEMENANGAN

Sebaik sahaja kaum muslimin mencapai kemenangan, Rasulullah pun mengutus dua pemberitahu berita gembira kepada penduduk al-Madinah, buat melapor berita segera

dan terkini mengenai perkembangan mutakhir di medan pertempuran, Abdullah bin Rawahah diutus kepada penduduk al-Aliah dan Zaid bin Harith kepada penduduk al-Safilah.

Kaum Yahudi dan Munafiqin telah menyebar berita-berita palsu, di antaranya berita pembunuhan Rasulullah (s.a.w). Kebetulan pula seorang munafiqin melihat Zaid bin Harith menunggangi unta Rasulullah al-Qaswa. Apa lagi mereka pun cepat-cepat menyebar berita kematian Rasulullah dengan katanya: Muhammad (s.a.w) telah terbunuh, Unta itu kami kenali, dia kepunyaan Muhammad (s.a.w), si Zaid itu pulang ke Madinah, kerana kekalahan hingga tidak tahu hendak menceritakan peri ketakutan yang melandanya. Setibanya dua orang utusan Rasulullah itu, kaum muslimin pun segera melingkungi mereka dan mendengar cerita-cerita lanjut, dengan itu pastilah mereka kemenangan yang muktamad kepada kaum muslimin, maka keriangan dan kegembiraan pun terbayang di setiap wajah, di bumi al-Madinah bergegar dengan laungan tahlil dan takbir, pimpinan Muslimin yang berada di Madinah keluar beramai-ramai ke jalan arah Badar, untuk memberi tahniah kepada Rasulullah dengan kemenangan yang agung itu.

Kata Usamah bin Zaid: Berita kemenangan kaum muslimin itu sampai kepada kami, setelah kami selesai meratakan tanah kubur Rokiah binti Rasulullah, isteri Uthman bin Affan (r.a), kerana Rasulullah memerintah daku mengganti Baginda untuk menjaga puterinya bersama Uthman bin Affan.

 

TENTERA RASULULLAH BERGERAK MENUJU KE MADINAH

Selepas peperangan Rasulullah tinggal di Badar selama tiga hari, sebelum bergerak pulang berlaku sedikit perselisihan pendapat mengenai pembahagian harta rampasan, tetapi setelah perselisihan menjadi parah Rasulullah pun memerintah supaya semua rampasan yang di dalam tangan mereka dipulangkan semula, mereka semua pun akur dan patuh. Setelah itu wahyu pun turun bagi mengatasi perselisihan yang berlaku.

Ubbadah bin al-Samit meriwayatkan: Kami keluar bersama-sama Rasulullah (s.a.w), daku mengikuti peperangan Badar bersama Baginda, setelah pertempuran berlaku di antara dua pihak dan berakhirlah peperangan dengan kekalahan musuh Allah, malah sebahagian tentera Islam terus memburu saki baki musuhnya yang lari bertempiaran, menyelamat diri masing-masing. Sebahagian yang lain mengumpul rampasan-rampasan yang ditinggalkan itu, manakala sekumpulan yang lain pula sedang mengeHlingi Rasulullah mempertahankan diri baginda dari diserang, hingga apabila malam tiba, semua orang berhimpun di suatu tempat hingga berkatalah mereka yang mengumpul harta rampasan tadi: Sebenarnya kamilah yang mengumpulkan semua harta rampasan ini, siapa pun tidak berhak mengambilnya, namun mereka yang memburu seteru yang lari berkata: Bukan kamu yang lebih berhak dari kami, kerana kamilah yang memburu seteru habis-habisan dan kamilah yang menghalang mereka. Maka berkatalah mereka yang mengawal Rasulullah: Kami ini mengawal Rasul kerana takut-takut baginda diserang oleh seteru. Dalam Suasana begini maka turunlah ayat Allah yang bermaksud:

    "Mereka bertanyakan kamu mengenai harta rampasan perang. Katakanlah: "Harta rampasan perang itu kepunyaan Allah dan Rasul, sebab itu bertaqwalah kepada Allah dan perbaiklah hubungan di antara sesama manusia, dan taatlah kepada Allah dan RasulNya, jika kamu adalah orang-orang yang beriman ".

    (al-Anfal: 1)

Dengan ini Rasulullah pun, membahagikan rampasan tadi di antara kaum muslimin.

Setelah tiga hari Rasulullah di Badar baginda mengerakkan tentera ke Madinah bersama-sama dengan orang-orang musyrikin yang menjadi tawanan, mereka dibawa bersamanya harta-harta rampasan perang, di mana Abdullah bin Kaab dilantik seba&ai amir yang bertanggungjawab ke atas rampasan-rampa'ian. Setibanya di segenting al-Safra' Baginda singgah di dataran yang terletak di antara segenting dan al-Naziah, di situ Baginda membahagikan harta rampasan di kalangan kaum muslimin, setelah baginda mengambil seperlima darinya.

Bila sampai ke al-Safra' Baginda (s.a.w) mengarah supaya dibunuh al-Nadr bin al-Harith, beliaulah pembawa panji kafir musyrikin di Badar, beliau merupakan sejahat penjenayah Quraisy, sejahat-jahat manusia yang mengecam Islam, dan beliau juga orang yang menyakiti Rasulullah, beliau dibunuh oleh Saidina Ali bin Abi Talib.

Setelah sampai ke "Irq al-Zibyah" Baginda memerintah supaya membunuh Uqbah bin Abi Muit, kerana seperti yang telah diperkatakan, beliaulah orang yang bertanggungjawab menganiayai Rasulullah, mencampak pundi najis sembelihan ke atas kepala Rasulullah, semasa

baginda bersolat, dan beliau juga pernah mencekik leher Rasulullah dengan kainnya, hampir-hampir membunuh Rasulullah, kalau tidak dicelah oleh Abu Bakr, setelah diperintah untuk dibunuh. beliau merayu: Siapalah yang akan menjaga anak-anak kecil wahai Muhammad? Jawab baginda: Api menjaganya. Akhirnya beliau dibunuh oleh Asim bin Thabit al-Ansari, ada pendapat mengatakan Saidina Ali yang membunuhnya.

Hukuman membunuh dua orang kepala Thaghut ini adalah kemestian dari segi undang-undang perang, kerana mereka bukan sekadar tawanan perang, malah mereka berdua adalah penjenayah perang berdasarkan kanun semasa.

 

PERUTUSAN MENYAMPAIKAN TAHNIAH

Sesampainya Rasulullah (s.a.w) ke al-Rauha', Baginda telah disambut oleh ketua-ketua kaum muslimin, yang telah keluar beramai-ramai untuk memberi tahniah dengan kemenangan ulung itu. Setelah mereka mendapat berita yang mengembirakan itu dari dua orang utusan yang dihantarkan oleh Baginda terdahulu. Maka Salmah bin Salamah bertanyakan mereka: Apakah yang hendak kamu ucapkan kepada kami? Demi Allah, apa yang kau ketemui di sana tak lebih dari Atok-atok' yang botak kepalanya, badan seperti unta-unta gemuk. Ungkapan itu menjadikan Rasulullah senyum riang, sabda Baginda: Wahai anak saudaraku mereka adalah golongan al-Mala', golongan atasan.

Dan kata Usayid bin Hadir: Wahai Rasulullah, al-Hamdulillah, pujian kepada Allah, Dialah Tuhan yang memberikan kemenangan kepada tuan hamba dan berpuas hatilah dengannya, demi Allah wahai Rasulullah, sebenarnya tidak nadir ku bersama Rasulullah ke Badar itu, kerana dalam sangkaan ku tuan hamba tidak akan bertemu dengan musuh tetapi yang ku sangka ialah Qafilah yang membawa barangan perniagaan, kalau ku tahu ianya musuh pasti tidak ku lepaskan peluang ini, jawab Rasulullah: Ya kata-kata mu itu benar.

Setelah itu Rasulullah pun memasuki al-Madinah sebagai seorang yang memperolehi kejayaan dan kemenangan, kini baginda ditakuti musuh-musuh di sekeliling al-Madinah, ramai pula orang Madinah memeluk Islam, malah Abdullah bin Ubai dan pengikutnya pun memeluk Islam secara zahir.

Tawanan perang memasuki al-Madinah sehari selepas Baginda sampai, mereka dibahagi-bahagikan di antara sahabat baginda, semasa pembahagian baginda berpesan supaya bertindak baik terhadap mereka, di masa itu para sahabat memakan tamar sedangkan tawanan dilayan dan diberi roti mematuhi pesanan Rasulullah (s.a.w).

 

PERMASALAHAN TAWANAN

Setibanya di Madinah terus Baginda mengambil pendapat para sahabat mengenai tawanan perang itu. Pendapat Abu Bakr: Wahai Rasulullah, tawanan ini pada umumnya, mereka adalah anak-anak saudara dan sanak keluarga, juga taulan, pada pendapat hamba kita berikan peluang mereka untuk ditebus, hingga dengan nilai yang kita ambil itu akan menjadi satu kekuatan untuk menentang kuasa kafir. Dan semoga Allah memberi taufiq dan hidayat kepada mereka nanti, kelak mereka menjadi kekuatan penyumbang kepada kita. Kata Rasulullah (s.a.w): Apa pula pendapat mu wahai Ibnu al-Khattab? Jawab Saidina Umar:

Pendapat hamba tidak seperti pendapat Abu Bakar, bagiku dalam sangkaan ku tuan hamba tidak akan bertemu dengan musuh tetapi yang ku sangka ialah Qafilah yang membawa barangan perniagaan, kalau ku tahu ianya musuh pasti tidak ku lepaskan peluang ini, jawab Rasulullah: Ya kata-kata mu itu benar.

Setelah itu Rasulullah pun memasuki al-Madinah sebagai seorang yang memperolehi kejayaan dan kemenangan, kini baginda ditakuti musuh-musuh di sekeliling al-Madinah, ramai pula orang Madinah memeluk Islam, malah Abdullah bin Ubai dan pengikutnya pun memeluk Islam secara zahir.

Tawanan perang memasuki al-Madinah sehari selepas Baginda sampai, mereka dibahagi-bahagikan di antara sahabat baginda, semasa pembahagian baginda berpesan supaya bertindak baik terhadap mereka, di masa itu para sahabat memakan tamar sedangkan tawanan dilayan dan diberi roti mematuhi pesanan Rasulullah (s.a.w).

 

PERMASALAHAN TAWANAN

Setibanya di Madinah terus Baginda mengambil pendapat para sahabat mengenai tawanan perang itu. Pendapat Abu Bakr: Wahai Rasulullah, tawanan ini pada umumnya, mereka adalah anak-anak saudara dan sanak keluarga, juga taulan, pada pendapat hamba kita berikan peluang mereka untuk ditebus, hingga dengan nilai yang kita ambil itu akan menjadi satu kekuatan untuk menentang kuasa kafir. Dan semoga Allah memberi taufiq dan hidayat kepada mereka nanti, kelak mereka menjadi kekuatan penyumbang kepada kita. Kata Rasulullah (s.a.w): Apa pula pendapat mu wahai Ibnu al-Khattab? Jawab Saidina Umar:

Pendapat hamba tidak seperti pendapat Abu Bakar, bagiku kadar dari tiga ribu dirham hingga empat ribu dirham dan ada kadar seribu dirham, tawanan dari penduduk Makkah menebus secara mukatabah, menebus diri didasarkan persetujuan dengan tuannya sedang penduduk al-Madinah tidak sedemikian, malah ada di antara mereka yang tidak dapat membayar tebusan tetapi diberi pilihan untuk mengajar sepuluh orang anak-anak orang Islam setelah anak-anak itu mahir maka dibebaskannya. Beberapa orang tawanan telah dianugerahkan pembebasannya oleh Rasulullah, tanpa pembayaran tebusannya. Di antara mereka ialah: al-Muttalib bin Hantab, Saifi bin Abi Rifaah dan Abi Uzzah al-Jumahi.

Manakala Ali bin Abi Talib pula membebaskan birasnya Abi al-Aas dengan syarat beliau harus melepaskan Zainab, Zainab pula telah mengirim wang untuk tebusan Abu al-Aas suaminyanya, beliau menghantar kalungan yang pernah bersama Khadijah dahulu, Khadijah memberinya semasa perkahwinannya dengan Abu al-Aas, bila Rasulullah terpandangnya, hati Baginda menjadi lembut, lantarannya Baginda meminta izin para sahabatnya untuk membebaskan Abu al-Aas, mereka semua pun mengizinkannya. Dan Rasulullah mengenakan syarat kepada Abu al-Aas iaitu supaya membebaskan Zainab, di mana beliau pun menepati janjinya, menyebabkan beliau turut berhijrah, bertepatan dengan hijrahnya, Rasulullah mengutus Zaid bin Harith dan seorang dari al-Ansar, pada mereka Rasulullah berpesan:

Kamu tunggu di "Batn Ya'jaj" sehingga Zainab melewati kamu dari sana iringilah beliau ke Madinah, mereka berdua pun keluar hingga dapat bertemu dengan Zainab dan membawanya pulang. Kisah hijrahnya panjang dan menyedihkan.

Di antara yang tertawan ialah Suhail bin Amru, beliau merupakan ahli pidato yang petah, kata Umar:- Wahai Rasulullah: Cabutkanlah dua batang gigi depannya, maka akan terjelirlah lidahnya hingga dengan itu beliau tidak berupaya lagi untuk membuat rapat umum menentang Rasulullah (s.a.w), tetapi Rasulullah menolak permintaan Umar itu, kerana baginda tidak mahu mencacat hina tawanan dan mengelak dari balasan Allah di akhirat.

Saad bin al-Nu'man telah keluar ke Mekah untuk menunai umrah, namun beliau telah ditahan oleh Abu Sufian, sedang anaknya Amru bin Abi Sufian menjadi tawanan, dengan itu mereka melepaskan anaknya Amru menyebabkan Abu Sufian pun membebaskan Saad.

 

AL-QURAN BERBICARA SEKITAR PEPERANGAN BADAR

Di sekitar tajuk peperangan Badar ini Allah menurunkan surah al-Anfal, surah ini merupakan huraian lanjut Ilahi - (sekiranya ungkapan ini sah disebut) mengenai peristiwa Badar, ulasan yang amat berlainan sekali dengan ulasan yang biasa dibuat oleh raja-raja atau pemimpin-pemimpin selepas sesuatu kemenangan.

Allah (s.w.t) menarik perhatian kaum muslimin, pertamanya mengenai kecuaian-kecuaian dan beberapa kekurangan akhlak susila yang masih menjiwai mereka, ini adalah di antara yang terpamer keluar pada tindakan-tindakan mereka, semoga dengan pernyataan Ilahi ini mereka dapat memperbaiki dan mentazkiahkannya.

Disusuli pula dengan perbicaraan langsung kepada kemenangan yang mendapat bantuan dari Allah dan sokongan-sokongan ghaib kepada kaum muslimin sekalian, Allah menyebut semua ini agar mereka tidak tertumpu dan terpesona dengan keberanian dan kehandalan mereka, akhir nanti mereka terasa bongkak dan sombong serta takbur. Malah agar mereka bertawakkal dan berserah serta mematuhi Allah dan RasulNya (a.s).

Kemudian al-Quran menjelaskan kepada mereka matlamat dan tujuan mulia mereka yang Rasulullah harungi ke kancah pertarungan yang penuh dramatik lagi mengagumkan. Allah (s.w.t) menunjukkan kepada mereka perangai-perangai dan akhlak-akhlak susila yang boleh membawa kepada kemenangan di dalam pertempuran tadi.

Kemudian Allah menujukan khitabNya(seruan) kepada golongan musyrikin munafiqin Yahudi dan tawanan-tawanan perang dengan memberi nasihat yang berkesan, menunjukkan mereka supaya menyerah dan tunduk kepada kebenaran.

Setelah itu Allah menunjukkan khitabNya kepada kaum muslimin mengenai persoalan rampasan, Allah menetapkan kaedah dan prinsip persoalannya.

Seterusnya Allah menetapkan landasan dan disiplin peperangan dan keamanan, kerana masa sudah menuntut hal demikian, oleh kerana dakwah Islamiah sudah memasuki fasa dan marhalah yang memerlukankannya, agar peperangan-peperangan orang Islam berbeza dari peperangan orang jahiliah, supaya orang Islam dapat memperlihatkan nilai-nilai akhlak mulia dan norma-norma susila yang unggul, hingga dengan itu akan terbukti kepada dunia bahawa Islam bukan sekadar teori semata-mata, malah Islam membudayakan penganut-penganutnya dengan disiplin-disiplin dan prinsip-prinsip amalan seperti mana yang diserukan kepadanya.

Setelah semua itu barulah al-Quran meletakkan akta-akta dan butir-butir perundangan negara Islam yang memuat garis pemisah dan perbezaan di antara orang-orang Islam yang tinggal di dalamnya dan orang-orang Islam yang tinggal di luarnya.

Dalam tahun kedua hijrah difardukan puasa Ramadhan dan zakat fitrah. Padanya juga dijelaskan kadar nisab zakat-zakat harta lain, tugasan mengeluarkan zakat fitrah dan penentuan kadar zakat-zakat lain merupakan jalan keluar untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh sebahagian besar kaum Muhajirin, di mana mereka ini adalah golongan fakir yang tidak berkemampuan untuk bergerak di bumi Allah ini.

Seperti satu kebetulan yang direncanakan Allah di mana hari raya pertama yang disambut oleh umat Islam awal, dalam sejarah hidup mereka ialah Syawal tahun kedua hijrah, iaitu selepas kemenangan muktamad umat Islam di dalam peperangan Badar. Betapa indahnya hari raya yang membawa seribu satu kebahagiaan terhadap anugerah Allah (s.w.t) kepada hambaNya, selepas satu perjuangan yang mereka hadapi dengan penuh semangat yang gigih, betapa indahnya pemandangan sembahyang raya fitrah, kesemua keluar dari rumah masing-masing di pagi hari dengan laungan takbir tahmid dan tauhid bergema di angkasa al-Madinah, hati-hati mereka mekar dengan rindu dan cintakan Allah Rabul al-Jalil, cintakan kepada keredhaanNya dan rahmatNya setelah dilimpahi dengan nikmat-nikmatNya yang tak terkira itu di samping sokonganNya dan pertolongan yang amat diperlukan itu, untuk itu maka al-Quran memperingatkan mereka yang bermaksud:

"Dan ingatlah ketika kamu sedikit bilangannya serta tertindas di bumi, kamu takut orang-orang mencolek kamu, maka Allah memberi kamu tempat bermastautin dan diperkuatkan kamu dengan pertolonganNya serta dikurniakan kamu dan rezeki-rezeki yang baik-baik supaya kamu bersyukur".

(al-Anfaal: 26)