Terlebih dahulu, selamat datang dan jutaan terima kasih ana ucapkan kepada para pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Harapan ana adalah untuk menjadikan blog ini sebagai wadah keilmuan kepada kita dan seterusnya dapat dijadikan pengajaran dan iktibar untuk menghadapi hari-hari yang mendatang. Segala nasihat, teguran dan pertanyaan amatlah dialu-alukan. Semoga kita dapat mengisi masa kita dengan perkara-perkara yang bermanfaat, kerana masa adalah sesuatu yang sangat berharga. Ana teringat kata-kata seorang tokoh tasawwuf, katanya.. ' hari semalam terasa begitu dekat, tetapi tiada sesiapa yang dapat mengembalikan hari semalam.' Oleh itu, ana menyeru kepada diri ana sendiri serta muslimin/muslimat agar kita memenuhi masa kita dengan perkara-perkara kebaikan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment