Saturday, May 9, 2009

Halaqah...

Halaqah merupakan satu paksi kepada pembentukan individu muslim dan bagi para ikhwah dan akhawat, menjadi kewajipan menghadiri sesi-sesi tarbiyyah ini. Ianya perlu dan penting kerana tanpanya takkan mungkin akan lahir apa yang kita cita-cita yang membina Daulah Islam.

Bahkan dalam mengharungi perjuangan Islam ini, senantiasa kita diuji dengan pelbagai ancaman daripada pelbagai sudut. Sudah kita tidak boleh menghadapinya seorang diri, ahli halaqah lain menjadi pautan dan dokongan dalam jamaah kecil yang kita bina.

Namun bagi yang belum merasakan kemanisan halaqah, atau masih baru dalam berjinak-jinak dalam halaqah, mungkin terkadang pelbagai alasan timbul untuk menghadiri sesi tersebut.

No comments:

Post a Comment